"Be who you want to be, not what others want to see."

{ older posts / newer posts }

Sunday, September 22, 2013
6:39 PM


Aku kerah otak. Ergh, susahnya nak cari idea.

Tarik nafas. Hembus dengan perlahan.

'Hm, nak letak muka aku ke tak?' hati berkata.

'Tak payah. Nanti kalau kau letak, kau upload dekat fb semua, apa zauj kau dapat?' Iman jawab.

'Okay iman. Ookaaaayy..'

Aku senyum. Dan akhirnya dapat hasilkan gambar yang seperti anda lihat di atas.

Fuhh, walaupun tak cantik, aku tetap berpuas hati.

Gambar permohonan maaf je, bukan permohonan nak kahwin.

Aku gelak sensorang.

Hm tiba tiba mindaku melayang. Entah ke mana ia melayang.

Mindaku diisi dengan kenangan aku dan Mardiah.

Rindu... Aku toleh ke kanan.

Ada nama aku dan gambar dia yang aku lekatkan pada katilku.

Aku senyum.

Aku rindu nak mengadu padanya.

Aku rindu nak dengar nasihat dia.

Aku rindu nak dengar celotehnya.

Aku rindu semuanya.

Apa yang dilakukan oleh dia sekarang?

Air mata mengalir. Setitis demi setitis.

"Mardiah, aku merinduimu sayang. Sangat rindu. Maaf kerana aku tak luangkan masa denganmu tika kau pulang pada minggu lepas. Aku tak mahu kau tahu apa yang tersirat dalam hati ini. Aku perlukan masa untuk sembuhkan hati ini. Dan syukur, hati ini sudah terubat dengan limpah kasihNya. Matdiah, aku masih perlukan bahumu untuk aku bersandar. Aku masih perlukan tanganmu untuk kesat air mata aku tika ia mengalir di pipi. Aku masih perlukan telingamu untuk dengar luahan dan rintihan hati ini. Ainul Mardiah Mohd Asri, aaku rindu kau. Jangan tinggalkan aku tau? Uhibbuki fillah."

Aku terlalu rindukan dia sampaikan aku buat karangan tentang persahabatan kami dalam karangan pra PMR ku.

Aku terlalu rindukan dia.

Nafas dihembus.

Dia pernah pesan padaku.

Dan pesanan dia sentiasa terpahat dalam hati ini.

"Aku nak tengok kau berjaya. Kau kena belajar, Syitah. Kau boleh. Dan aku minta maaf sebab tak dapat ajar kau. Aku boleh ajar orang lain, tapi aku tak mampu nak ajar orang yang paling rapat denganku. Belajar tau, Syitah."

Hatiku bergetaran.

Aku terlalu rindukan dia.

Ya Muhaimin, jagakan sahabatku dalam peliharaanMu. Jangan biarkan dia keseorangan tanpa cintaMu. Sampaikan salamku padanya.

Perjuanganku akan bermula dalam 10 hari lagi.

Adakah aku sudah bersedia?

Ya, aku sudah bersedia andai hati ini juga sudah bersedia dengan kelengkapan iman dan takwa.

Aku ingin berjaya dalam PMR dan aku juga ingin berjaya dalam meraih redhaNya.

Rabb, permudahkan perjuanganku. Jangan biarkan rasa malas ini membantutkan niatku untuk berjihad dengan ilmuMu.

Shut down.
Aku akan update sejurus selepas aku habis exam - 08/10/2013. Doakan aku ya? Syukran. Fi hifzillah. Assalammualaikum.