"Be who you want to be, not what others want to see."

{ older posts / newer posts }

Tuesday, December 31, 2013
10:25 PM


"Manusia sekarang nak syurga tapi masih kejar dunia. Usaha ciput je tapi angan angan mengalahkan mat jenin." bebel seorang makcik.

"Biasala makcik. Mereka barangkali terlupa yang kalau nak taman bunga yang cantik, istana yang gah, bidadari yang menawan, mereka kena korbankan semua yang mereka ada." aku tersenyum.

Berkorban...

Tergelak.

Aku nak tanya kau.

Siapa je yang sanggup berkorban semua benda yang dia ada untuk alam yang kekal selamanya? Siapa je yang mampu berikan semua benda yang dia telah usahakan di dunia ini untuk sesuatu yang terhijab pada pandangannya?

Ramai... ramai yang sanggup.

Sebab apa mereka sanggup?

Sebab mereka tahu mereka tak akan rugi kalau mereka berkorban.

Lagi?

Sebab mereka tahu mereka korbankan benda untuk perkara yang bukan sia sia semata.

Itu je?

Sebab mereka tahu mereka telah dijanjikan bahawa mereka akan digantikan dengan benda yang lebih baik daripada benda yang mereka korbankan.

Hm takkan takde sebab yang kukuh?

Sebab cinta.

Cinta?

Yeap. Cinta.... cinta seorang hamba kepada Tuan mereka, Allah.

Takkan sebab cinta mereka sanggup korbankan semuanya?

Kalau bukan sebab cinta, takkan ada orang yang sanggup bazirkan masa mereka untuk dengar suara si buah hati saban malam?

Kalau bukan sebab cinta, takkan ada orang yang sanggup keluarkan duit buat kekasih yang kehabisan kredit?

Kalau bukan sebab cinta, takkan ada orang yang sanggup sia siakan malam mereka untuk on the phone dengan si pengarang jantung mereka?

Dan kalau bukan sebab cinta, takkan ada orang yang sanggup mengenepikan semuanya untuk si dia yang dicintai?

Kuat sungguh perasaan cinta tu ya?

Sangat kuat. Tapi bagi mereka yang pandai uruskan cinta, mereka akan serahkan cinta mereka pada yang selayaknya. Bukan main bagi pada mereka yang belum pasti.

Sebab itu kita dapat lihat.

Ramai yang mula menggerakkan dakwah yang dulu terbiar.

Ramai yang mula menyampaikan pesanan dan nasihat kepada mereka yang lalai.

Ramai yang mula sudi hulurkan sedikit tarbiyyah ketika ada yang terleka dek nikmat dunia.

Tapi... mood perang mereka hanya aktif di alam maya. ((Tak semua yang macam tu tau. Jangan salah faham.))

Tapi apa yang pasti, mereka lakukan semua itu kerana cinta mereka yang begitu teguh pada Allah.
Kalau bukan kerana cinta mereka kepada Allah, aku tak yakin mereka sanggup bertahan dengan mehna dan dugaan yang dilemparkan ketika kaki dijejakkan ke dalam dunia Allah.
Haah kan? Semuanya kerana cinta.

Tersenyum lagi.

Sebelum itu, maaflah andai sepanjang blog aku ini hidup, aku banyak post benda yang lagha.

Blog aku bukan seperti blog mato. Bukan juga seperti blog Inche Gabbana. Apatah lagi blog blog mereka yang lebih hebat dan sering menyampaikan post yang berguna.

Maaf juga andai ada ayat aku yang buat kalian terasa.

Maaf juga andai ada kataku yang buat anda keliru.

Maaf juga andai ada tulisanku melekakan kalian.

Sekali lagi, aku minta maaf.

Moga tahun baru masihi yang akan bertandang lagi beberapa jam membuatkan anda lebih bersemangat.

Bersemangat nak mencambahkan lagi rasa cinta dan sayang anda kepada Pencipta anda.

Selamat tahun baru!