"Be who you want to be, not what others want to see."

{ older posts / newer posts }

Thursday, January 2, 2014
9:30 PM


Mataku tertancap padanya.

Usia yang masih mentah dan perangai kebudak budakan membuatkan aku berani menegur dirinya.

Salam perkenalan disambut mesra dan ceria.

Dan perkenalan itu bertukar menjadi ukhuwah yang begitu indah dinikmati.

-----------------------------------------------------------

Aku sekadar mengerling dirinya.

Ternyata banyak sudah yang telah berubah pada dirinya; secara fizikal mahupun mental.

'Haih macam manala aku masih boleh ngam dengan dia?'

Tersenyum aku dibuatnya bila teringat kenangan dulu.

Perangai gila gila semasa sekolah rendah.

Bekerjasama dalam netball team.

Menjalan tanggungjawab sebagai pengawas.

Ah kebanyakkan perkara di sekolah rendah dikongsi bersama dengan dia.

Sekelipan namanya terpacul dari bibir.

Ainin Akasyah Aziz Binti Abdul Aziz.

Aku pernah gelakkan namanya dulu.

Mungkin kerana pangkalan nama 'Aziz' pada nama dia, mungkin.

Walaupun namanya agak lucu ((masa aku tak matang lah)) tapi perwatakan dia jauh berbeza dari apa yang disangka.

Dia seorang yang sukakan adventure.

Dia juga seorang tegas bila melihat kemungkaran di depan matanya; amar makruf nahi mungkar.

Dia juga seorang yang bijak dan cerdik orangnya.

Dia juga seorang pengawas yang sangat peramah dan hm mungkin comel? Comel sebab braces mungkin.

Perwatakan dia yang agak boyish tapi masih terselit sifat feminin membuatkan aku selesa berkawan dengan dia. Membuatkan ukhuwah yang terbina menjadi kukuh dan erat.

Yalah, siapa yang tak selesa berkawan dengan dia?

Buktinya?

Masakan ukhuwah selama 7 tahun ni bisa bertahan dengan kukuh jika aku tidak selesa bersahabat dengan dia?

Dan aku masih berharap agar ukhuwah aku dengan dia masih bertahan hingga ke jannahNya.

Namanya dan ukhuwah ini akan sentiasa ada di dalam doaku.

Akan sentiasa ada, insya-Allah.
Ainin, maaflah takde puisi. Otak berkarat setelah dibiarkan selama dua bulan ni. Heh moga terhibur dengan post yang tak seberapa ni. Uhibu kifillah hatta fil jannah abadan abada.