"Be who you want to be, not what others want to see."

{ older posts / newer posts }

Monday, December 16, 2013
12:07 AM


Manusia yang lalu lalang menarik perhatianku.

Sebenarnya bukan tingkah mereka yang berjaya menangkap perhatian aku.

Cuma pakaian yang dipakai oleh mereka yang membuatkan mata asyik memandang.

Membuatkan minda ligat berfikir.

Membuatkan fikiran mula melontarkan soalan.

"Mengapa mereka berpakaian macam tu?"

Soalan pertama dari minda dilontarkan laju.

Aku masih memerhati.

Pelbagai fesyen yang diperagakan;

Rambut diblond, berbaju baby T dan seluar paras paha.

Rambut ikal mayang, berbaju lengan pendek, berseluar legging.

Bertudung Fareeda atas dada, berbaju ketat padat sendat bom bomm, berseluar jeans warna yang menampakkan bentuk kaki.

Bertudung litup, berbaju labuh dan berlegging.

Bertudung bawal, baju dan seluar bercolour blocking dan berhias secara berlebihan.

Bershawl lilit, berbaju labuh dan skirt labuh, bermake up tebal.

Dan pelbagai lagi yang digayakan oleh mereka.

Hanya 'model' wanita yang menarik perhatianku.

Aku tidak berani untuk memandang ajnabi.

Takut apa yang dipandang menjadikan apa yang fitrah menjadi fitnah.

Yang sejantina pun sudah membuatkan mindaku cepat menghukum

Apatah lagi yang berlainan jantina?

Hm.......

Sekali lagi minda melontarkan soalan;

Sampai bila fikran ummah mahu terjana?

Sampai bila fesyen sebegini ingin diperagakan di atas pentas dunia?

Sampai bila daie ingin mendiamkan diri tidak berdakwah?

Sampai bila......

Soalanku terhenti.

Seorang perempuan berdiri di sebelahku.

Matanya mengerling, memandangku.

Aku sekadar tersenyum.

Dia beredar.

Aku melihat pemakaiannya;

Berbaju lengan panjang paras siku, bertudung bawal atas dada, berjeans menampakkan bentuk kaki, wedges tidak berstokin.

Trend pemakaian remaja kini.

Aku masih tersenyum.

Inilah cara dakwahku yang paling lemah;

Menjadikan diri sebagai qudwah hasanah ((walaupun masih tak layak)) dan senyum pada semua saudara Islamku yang lain.

Aku terus memerhati.

Dan pemerhatianku membuatkan aku perlahan lahan menghapuskan sikap sering bersuuzon.

Senyuman masih dikekalkan.