"Be who you want to be, not what others want to see."

{ older posts / newer posts }

Wednesday, December 11, 2013
2:48 PM


Pernah tak pada suatu malam, korang duduk di birai katil

Dan korang termenung kosong?

Termenung yang buatkan kau ada rasa rindu

Tapi sasaran rindu itu tidak ditembakkan kepada sesiapa pun.

Rindu yang kau tak tahu untuk ditujukan kepada siapa.

Kau cuba selongkar hati kau sendiri

Selongkar dan mencari...

Mencari dan terus mencari tapi tetap tak jumpa.

Lastly, kau sebut nama Allah.

Terus rindu terlerai dan air mata jatuh.... tanpa sebab, tanpa alasan.

Air mata terus mengalir.

Dan ia semakin deras bila kau pejam mata.

Pernah tak rasa macam tu?

Kau terus menangis tanpa sebab.

Dan bila ia reda, bibr spontan menyebut 'Allah'

Air mata jatuh lagi.... again tanpa sebab.

Kau selongkar lagi hati yang ada rasa rindu tu.

Tapi masih tak jumpa.

Kau sebut nama mereka yang kau sayang satu persatu dalam hati.

Ibu bapa..... air mata tetap jatuh dan rindu masih ada.

Sahabat fillah..... air mata tetap jatuh dan rindu masih ada.

Dan seseorang yang istimewa.... air mata tetap jatuh dan rindu? Tetap ada.

Pernah korang rasa macamni?

Dan bila ada rasa sebegini

Kau mengharapkan ada yang sudi 'rasa getaran' ini dari jauh

Tapi tak ada siapa yang rasa

Tak ada siapa peduli

Tak ada siapa yang sudi menghulurkan kata khabar

Tiada sesiapa hatta...

Sahabat fillahmu sendiri

Mungkin perasaan sendiri yang 'mengada' inginkan perhatian seseorang

Tidak kisah siapa gerangan itu

Tidak pernah kisah

Asalkan ada yang sudi tumpahkan sedikit rasa ingin tahu khabar diri ini

Tapi entahla

Terasa rindu dengan sayang, kasih dan rindu seorang sahabat

Kadang kau ingin ada masa sendirian

Tapi waktu yang sama kau mahu secebis perhatian dan sayang

Bingung.

Tapi pernah rasa bukan?

Entahla...

Kadang hati merindu tanpa sebab tiap malam.

Kadang tubir mata basah tanpa sebab saban malam.

Kadang fikiran jauh termenung tanpa kawalan pada malam hari.

Kenapa....

Aku masih mencari siapa yang aku rindu.

Mungkin hati ini terlalu rindu Penciptanya.

Mungkin... kerana hati ini sudah mula jauh dari landasan cintanya pada Illahi.

Entah. 

Semuanya ada mungkin

Aku masih tak tahu siapa yang dirindui

Aku masih mencari.

Dan akan terus mencari.

Izinkan aku mencari... buat seketika waktu.

Aku akan pulang

Lepas aku mencari.
CintaNya akan tetap kukuh saat dirimu rapuh.