"Be who you want to be, not what others want to see."

{ older posts / newer posts }

Saturday, January 11, 2014
10:16 PM


Perlahan lahan aku meletakkan kepalaku di atas meja. Keluhan dilepaskan.

Timbunan buku di sebelahku dipandang lesu.

"Ya Allah, part mana entah senior aku cakap form 4 ni tahun honeymoon...." mulut mula membebel macam mak nenek kehilangan kain batik.

Tuntutan kerja sekolah, kerja kerja rumah seharian membuatkan aku sedikit sebanyak terbeban.

Bukan merungut cuma sudah mula keletihan dengan begitu banyak tuntutan yang memerlukan perhatian mutlak aku.

Ya, perjalananku sebagai pelajar menengah atasan baru sahaja bermula.

Dan duri serta batu yang tajam mula terasa ketika kaki mula diorak perlahan dalam perjalanan ini.

Kesabaran dan kesyukuran cuba diselitkan tiap kali mehna dan ujian datang bertandang.

Terkadang, ujian ukhuwah di sini, penerimaan ilmu baharu dan perubahan diri sendiri jua banyak memberi tekanan kepada hati ini.

Mujur, rinduku kepada Mardiah dan cintaku kepada Illahi memberi sedikit kekuatan kepada aku ketika kaki mula lemah untuk berdiri dan berjalan.

Dan kerana itulah perhatianku mula beransur pudar dari dunia blog dan laman sosial yang lain.

Tanggungjawab sebagai seorang pelajar, anak dan kakak serta adik menghayutkan aku seketika.

Tapi kalian jangan risau, aku akan cuba juga sedaya upayaku untuk mencurahkan sedikit ilmuku untuk kalian semua.

Walau ilmuku masih tidak setinggi ilmu daie yang lain, aku akan cuba juga untuk tuangkan ilmuku dalam 'gelas blog' ini.

Dan er maaf andai ini membuatkan kalian berasa berat hati....

Cuma aku minta sedikit pertolongan.

Mohon aku dikuatkan hati dan dimantapkan iman oleh Dia sepanjang proses pembelajaranku mula berjalan.
Doakan agar aku sentiasa dilapangkan dada dan diluaskan minda agar ilmu ilmu yang diberi lancar diterma oleh neuron otak yang heh macam dah kurang berfungsi kerana karat cuti 2 bulan.
Jika aku mudah menerima, mudah juga untuk sampaikan semula ilmu ini pada kalian. Sengih.

Doakan ya? 

Oh, moga anda juga sentiasa dikuatkan hati dan dikentalkan jiwa untuk menghadapi segala mehna dariNya.

Ingat, setiap apa yang berlaku pasti ada sebab dan hikmahnya.

Jangan pernah bersangka buruk dengan Penciptamu sendiri.

Dan jangan pernah berputus hubungan dengan Pemilik hatimu melalui doa ya?

Sampai di sini sahaja. ((Hahahaha macam buat surat tidak rasmi je. Ekeke))

Maaf tiada ilmu yang dapat aku berikan aku untuk post ini.

Moga kalian semua sentiasa berada di bawah lembayung rahmatNya dan pelindunganNya, aamiin.