"Be who you want to be, not what others want to see."

{ older posts / newer posts }

Saturday, June 14, 2014
4:20 PM


Maaf kerana tiada post baru sepanjang entah berapa bulan entah. Maaf, aku sangat busy. Well actually takdelah busy mana. Tapi rasa malas itu yang mengusai diri.

Oh buat pengetahuan kalian, aku telah berpindah ke sekolah lain pula; SBPI Jempol.

Alhamdulillah. Amacam sekolah baru? Alhamdulillah again, benarlah kata mereka, penghijrahan itu amat manis sekali.

Walaupun banyak dugaan yang datang *lap peluh* tapi Allah masih selitkan rasa sabar dan takwa oh tak lupa juga pada cik iman di dalam hati ini.

Ingat lagi tak post aku yang sebelum ni? Memang taklah nak ingat kalau korang pun takde nak jenguk blog aku ya allah macam ada yang nak tengok ei perasan syitah ei.

Aku ada cakap aku nak post cerpen baru kan? Tapi.... mengeluh. Masa tak mengizinkan.

Aku pun tak tahu bila nak buat and publishkan cerpen tu.

Sebabnya? Salahkan ayah. Dia beli ipad baru, jadi nak online semua dekat situ.

Tahu jelah kalau guna ipad, mana ada feeling nak post something new kan? Tak rasa nikmatnya ok alasan. Sorry ayah. Ayah tak salah pun hehe. Sayang ayah muah.

Sebenarnya aku ada benda lain nak post tapi aku taip benda lain pula. Peristiwa ini ada kaitan dengan hari esok so baca jelah..... kalau sudi ((yeah, aku cuba raih simpati.))


----------------------------------------------------------


Seorang budak perempuan yang agak montel tapi comel menggamit perhatian dia.

Hanya ucapan "hai" dan budak perempuan tersebut terus berbual dengan dia.

"Datang dengan siapa dik?" "Nenek."

Dia tersenyum. Geramnya lahai tengok pipi budak ni. Budak perempuan ini baru berusia 9 tahun tapi cara percakapan mengalahkan makcik makcik, petah sangat.

"Ibu mana sayang?" soalnya lagi.

"Hm ibu kerja dekat Genting Highland."

Dia mengangguk, tanda faham.

"Ayah?"

Budak kecil itu terus pandang wajah dia. Riaknya terus berubah dan pap! Menangis. Terus menggelabah dia menenangkan budak kecil yang bertudung itu.

Ada sekumpulan makcik ni tergelak melihat telatah si dia yang menenangkan budak kecil itu. Dia hanya tersengih memandang kumpulan makcik itu.

"Adik kenapa ni? Sorrylah kalau akak ada buat adik terasa hati."

Dia tertanya, 'salah ke apa yang aku tanya ni? Alamak.... ke ayah dia dah.....'

"Weh, ayah dia dah meninggal lah." Satu suara menjawab soalan yang berlegar di minda.

Tertelan air liur. Terus dipeluk budak kecil itu.

"Maafkan akak dik, akak tak tahu. Sorry sangat sangat."

Mata dia bergenang, air mata hampir tumpah namun dicuba sedaya upaya untuk tidak menitiskan air mata yang bergenang. Nafas ditarik perlahan.

Tangisan budak kecil kian reda. Azan Isyak memisahkan mereka berdua. Dia berdiri, niat dilafazkan dan takbir diangkat.

Dan sepanjang dia bersolat, air mata yang ditahan tumpah jua.

Seusai solat, dia menadah tangan, memohon kesejahteraan kedua ibu bapanya yang berada jauh di mata. Air mata membasahi telekung. Hingus? Jangan cakap, meleleh habis.

Matanya meliar mencari kelibat budak kecil itu. Telekungnya dilipat dan disimpan di dalam beg. Langkah dipercepatkan dan tubuh molek budak kecil itu didakap erat.
"Adik, moga adik tabah ya sayang. Sungguh Allah sayang padamu sebab itu Dia menguji. Jadilah bidadari di syurga nanti dan jangan lupa untuk heret ayahmu sekali. Jaga diri sayangku. Tabahkan hatimu bidadari kecil yang kakak sayang."

Pelukan dileraikan perlahan dan senyuman terukir.

Tabahkan hatimu sayang. Akak sentiasa doakan awak. Sentiasa....