"Be who you want to be, not what others want to see."

{ older posts / newer posts }

Monday, December 29, 2014
5:23 PM

Aku capai sebuah buku dan membacanya sambil berbaring di atas katil.
Cermin mataku dibuka dan dicampak ke tepi.

Dalam beberapa minit, aku hanyut dalam duniaku.
Hanya aku... dan imaginasiku.

Seketika,
Telingaku menangkap suara yang dilontarkan, ke arahku;

"Weh...."

Pandanganku terarah kepada empunya suara.

"Nak apa? Kacaulah kau ni."

Mulutnya terkumat kamit. Mataku dikecilkan.
Orang rabun cemnila.
Segera cermin mataku dicapai dan aku pakai.

"Ha? Kau cakap apa?"

"Parah ah cakap dengan orang rabun ni." 

"Eh eh. kau pun rabun, cakap orang. Chimpanzee betul."

Aku, dia, sama sama gelak.
Peduli apa dengan junior dan rakan batchku di dalam dorm ni.
Mereka dah lali kot dengan kami;
Yang akan gelak tak ingat dunia, setiap malam.... eh tak juga.
Bila bila jela kitaorang akan gelak, kalau kami bersama.

"Kau tahu tak, susahla jadi orang rabun ni."

Tiba tiba, dia mengeluh.

"Bro, kan aku pernah cakap...."

"Ya, semua yang berlaku ada baik, ada buruk. Ada aktif ada pasifnya. Aku tahu."

"Jadi?"

"Takdela, susah gila kot nak belajar kalau tak pakai spek dalam kelas. Aku dah lah duduk belakang. Penat mata aku tau."
"Yang kau tak pakai kenapa?"

"Malas."

Patungku yang digelar "katak" walaupun sebenarnya ia bukan katak, ia campuran monsters tapi sahabatku tetap menggelarnya katak (orang rabun cemtula), dibaling ke arahnya.
Dia gelak bagai tak hengat dunia, sekali lagi.
Aku mencebik seraya berkata,

"Tapi kan, bagus apa rabun ni."

"Tahu. Kita boleh kurangkan zina mata, tak payah rasa gelisah bila bagi ucapan depan orang sebab kita tak dapat tengok mata dorang dengan jelas."

"Betul."

"Tapi kan, rabun ni tetap menyusahkan."

"Cuba belajar bersyukur. At least Allah masih bagi lagi sedikit nikmat penglihatan dekat kau walaupun terbatas."

"Tahu, tapi kadang kadang rimasla nak pakai spek."

"Sama juga macam menutup aurat, awak. Kau mesti kenkadang rimas nak pakai tudung, lagi lagi bila cuaca panas gila ya rabb! Tapi nak buat cemana, itu tuntutan. Kita kena ikut."

Dia diam. Pen yang dipegang dimain, mengetuk buku di atas katil.
Pandangannya terarah ke hadapan, memikirkan sesuatu.

"Maksudnya, kita yang rabun ni, kena juga pakai spek eventho kita rimas, rasa macam terganggu semua sebab itu adalah tuntutan mata kita? Macam tu ke?"

Aku mengangguk.

"Jadi apa yang kau cuba nak sampaikan?'

"Aku pun tak tahu. Hahahaha."

Dia menggeleng perlahan.
Disebabkan malas nak layan kerenahku lagi, dia memberikan perhatiannya kepada buku latihan.

"Kau patutnya bersyukur, Allah bagi rabun fizikal bukan buta di hati. Bersyukur Allah masih lagi menjaga 'penglihatan' kau yang jelas terhadap cahayaNya."

"Kau nak cuba sampaikan apa lagi ni?"

"Cuba kau fikir, ada orang tak rabun, dia berjaya dalam pelajaran dia. Rezeki dia, masya Allah melimpah ruah. Tapi hati dia? Bukan setakat rabun, buta untuk mensyukuri. Bila hati dah buta, susah weh. Cermin mata, contact lens pun tak mampu nak tolong."

Tangannya yang mencoret sesuatu, terhenti.
Pandangannya kini terarah kepada aku, hanya aku.
Telinganya sedia menerima lagi hujahku.

"Ada juga orang yang rabun, tapi masih salahkan Allah atas penglihatan kaburnya. Sedangkan dia tidak tahu, Allah memberi batasan pada matanya untuk menjaga pandangan. Si dia yang rabun masih teraba raba mencari hikmah atas rabun yang dialami. Dahlah rabun mata, hati pun buta."

Aku tersenyum padanya.

"Tapi aku nak, aku, kau menjadi mereka yang lagi satu."

"Apa?"

"Mereka yang rabun pada zahirnya, namun mampu melihat segalanya dengan jelas secara batinnya; hikmah yang Allah ingin sampaikan. Bersyukur dengan apa yang Allah beri. Dan tak merungut."

"Jadi kau nak cakap, kita kena terukkan lagi rabun kita untuk bersyukur, gitu?"

"Tak. Ish kau ni."

Aku membetulkan baringanku dan menyambung semula.

"Lagi bagus, kalau kita boleh betulkan mata kita yang rabun ni. Tapi bila dah tak rabun nanti, jangan buta pada hati pula."

"Konklusi, kita kena bersyukur walau apa pun yang terjadi."

"Dan kalau boleh kita perbaiki apa yang kurang pada diri kita."

"Usaha untuk baiki dan bersyukur."

Aku mengangguk kecil.
Selama beberapa minit, kami meneruskan kerja masing masing.

Dia mengemas barangnya, dan berbaring di katilnya, di sebelahku.
Mata kami terkedip memandang siling.
Aku tersenyum kecil dan berkata;

"Tapi kau nak tahu satu benda tak?"

"Apa lagi?"

"Aku tak pernah rabun dalam menilai sayang aku sebagai sahabat untuk kau. Tak pernah."

"Pui poyo gila euw jiwangnya kau ya allah gelinya euw!!!"

-------------------------------------------------------


Maaf atas khilafku dalam mengupdate blog ni, maaf.
Menjadi seorang pelajar yang akan mengambil peperiksaan terbesar pada tahun hadapan membataskan ruang waktuku untuk berkongsi ceritaku.
Maaf sekali lagi andai post ini tak memberikan impak yang positif buat anda.
Maaf tidak mampu menjadi Nasyitah yang dahulu.
Doakan aku, terima kasih.
Moga Allah menjaga kalian di dalam jagaanNya iaitu jagaan yang sebaiknya :-)