"Be who you want to be, not what others want to see."

{ older posts / newer posts }

Friday, October 11, 2013
11:29 PM

Tanganku mengangkat takbir.

Dijatuhkan semula.

Allahu, kenapa ni? Kenapa sukar untuk aku benar benar khusyuk dalam solat?

Aku terduduk.

Menangis keseorangan di atas sejadah.

Kenapa hati ini terlalu gelap?

Terlalu gelap sehingga sukar untuk memperoleh khusyuk itu?

Termenung jauh. Memikirkan dosa yang telah menggelapkan hatiku.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Aku tak tahu entah kenapa aku mudah baran mutakhir ini.

Seolah semua benda yang dilakukan oleh semua orang serba tidak kena.

Terasa hanya diri aku sahaja yang betul.

Aku seolah hendak membaling diri mereka ke dalam lombong kalau boleh.

Ergh, baranku memang sukar dikawal.

Terasa lemah tika mulut ini sedang memarahi dan mencaci mereka.

Aku terlalu ikutkan hati ini. Terlalu ikutkan nafsu.

Sehingga aku lupa ada yang sedang memerhati.

Ada yang sedang mencatit segala amalanku.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Aku memandang sejadah yang terbentang.

Kenapa aku mudah marah?

Lalu hati menjawab,

"Bagaimana dirimu tidak mudah baran andai kau tidak pernah sabar mengharungi mehnaNya?"

Terdiam aku.

Benar, aku mudah melatah.

Aku terlalu celik mengejar dunia

Sehingga aku buta tercicir akhirat.

Allahu, lemahnya aku.

Takpe syitah. La tahinu.

Kuatkan kembali semangatmu untuk bangun spertiga malam

Kerana kau harus ingat.

Hanya orang yang soleh je yang dapat istiqomah bangun malam dan subuh.

If you want to be muslimah yang solehah

Maka bangun sepertiga malam dan mohon kekuatan pada Sang Khaliq.

Kerana Dia adalah Tuhan yang paling kuat.

Senyum dan teruskan langkahmu.

Aku bangun dan angkat tabir.

Allahuakbar!