"Be who you want to be, not what others want to see."

{ older posts / newer posts }

Friday, November 1, 2013
4:23 PM

Aku leka memandang skrin, menatap tweet tweet baru yang terpapar di timeline aku.

Aku pandang belakang. Memandang adikku yang duduk di atas lantai sambil tengok tv. Aku tersenyum.

"Adik tak nak main ke?" soalku sambil tertawa.

"Tak ada siapa nak main. Takkan nak main sensorang? Bosan ah."

"Dah tu siapa suruh keluarkan mainan tu? Gaya macam nak main."

"Saje nak keluarkan." Dia buat mimik muka yang boleh buat aku rasa bersalah.

"Hm yalah, dah agak dah. Dari ayat nak ajak mainlah tu. Kakak temankan eh? Sekejap, bagi kakak settlekan twitter ni dulu." Dia tersenyum mendengar ayatku.

Segera aku menutup tab tweet dan duduk di atas lantai bersama buah hatiku, adik yang dicintai.

Sejurus aku duduk, adik memberikan sejumlah not wang Monopoli kepadaku.

Dan kami meneruskan permainan.

Tak lama kami main, tiba giliran aku membaling dadu.

Aku bawa buah dadu berbentuk kuda mengikut nombor pada dadu yang telah aku baling dan kena pada tempat yang telah dibeli adik aku.

'Alamak, ni yang malas ni. Kena bayar dekat dia pula. Kayalah dia lepasni.' bisik hatiku.

Lalu aku menganjak buah daduku sedikit ke belakang; tempat yang tidak dibeli oleh aku mahupun adik aku.

Dalam hati dan fikiranku hanya satu;

Alaaa sekali ni je. Takkan Allah nak tarik pula rezeki aku dekat sini. Game je kan? Lepak sudah, Macam tak biasa main tipu dalam permainan.

Dan kami meneruskan permainan.

Jujur aku kata, sekali itu sahaja yang aku tipu.

Tapi, punyalah Allah nak tunjuk yang Dia Maha Berkuasa, dia buat aku muflis.

Sampai ada satu tahap aku hutang dekat bank dan muflis.

Disebabkan muflis dan aku giveup dengan game ni, aku berhenti main.

Kebetulan ibu ajak makan, aku segera mandi.

Masa aku membersihkan diri, aku terfikir.

Kenapa aku boleh kalah sedangkan kad aku lagi banyak dari adik?

Kenapa aku tak banyak dapat duit sewa?

Baru aku tersedar, ini semua daripada penipuan aku.

Disebabkan satu penipuan, habis semua duit aku dan rezeki yang aku dapat semua jadi 'haram'

Ya aku tahu ia hanya sebuah permainan namun kita harus ingat, kuasa Allah itu tidak terbatas.

Walaupun ia cuma game tapi aku dapat pengajaran daripada game Monopoli ni.

Nak buat sesuatu, kita kena jujur dan tak boleh main tipu.

Lagi satu, jangan main hanya disebabkan nak dapat keuntungan tapi main sebab nak dapatkan keredhaanNya.

Aku main monopoli ni dengan niat aku nak tunjuk dekat adik aku yang aku ni hebat dan boleh buat dia muflis.

Tapi korang nampakkan? Aku yang muflis hanya kerana aku menipu.

Dekat sini, aku dah menjadi riak, penipu.

Disebabkan sedikit sahaja rasa riak itu, dan satu sahaja penipuan yang aku lakukan, Allah terus tunjuk yang Dia boleh balas perbuatan aku time time tu juga,

Kuasa Allah, siapa yang boleh lawan?

Aku terfikir lagi, ada hikmah Allah buat aku berniat untuk menipu.

Allah nak tunjuk bahawa menipu itu dosa.

Dan disebabkan menipu itulah rezeki kita akan berkurangan.

Dahlah rezeki kurang, haram pula tu.

Ayah pun pernah cakap;
Nak jadi ahli perniagaan, kena jujur. Jangan pernah fikir nak dapat keuntungan. Bukan masa jadi ahli perniagaan je kena jujur, kita yang jadi khalifahNya ni pun kena jujur. Kalau hidup menipu, mana nak dapat berkatNya?
Terus aku tersenyum. Ya aku memang khilaf. Sangat khilaf.

Esoknya, aku main dengan adik game yang sama.

Aku tajdid semula niat aku.

Aku main game ni sebab Allah dan hanya ingin meluangkan masa bersama orang yang aku sayang.

Dan aku main dengan jujur. Aku terus taubat nasuha lah tak nak menipu ni.

Dan alhamdulillah, aku punya kad lagi banyak dan rezekiku mencurah.

Ya, memang ia hanya game. Tapi ingat, Allah boleh tunjukkan kuasaNya di mana mana sahaja.

Kuasa Allah tak ada batasan.

Jadi, jangan menipu. Tak baik! :)