"Be who you want to be, not what others want to see."

{ older posts / newer posts }

Thursday, November 21, 2013
9:50 PM


Aku berdiri sendirian di balkoni.

Aku selesa berkeadaan begini; membiarkan badanku basah dengan air yang menitis dari awan.

Aku memandang atas, memandang langit yang gelap.

Walaupun langit gelap tiada bintang yang menghiasi kerana faktor cuaca tapi ia tetap indah pada pandanganku.

'Subhanallah,' bisik hatiku.

Aku teringat sebuah quote dari tumblr;
Just look up, we are both under the same starry sky.

Maksud yang sangat dalam, menikam jiwa.

"Awan yang dicipta indah pun kenkadang menghamburkan semua yang ditanggung apatah lagi manusia yang mempunyai hati yang rapuh."


Aku memandang Dia yang berada sungguh dekat denganku.

Aku tersenyum pahit. Aku tidak berkata apa apa.

"Kenapa kau diam? Tak mampu untuk berkata?"

Aku terkaku mendengar soalan itu.

Aku tidak menjawab soalanNya.

Aku hanya menggelengkan kepalaku.

"Kalau tak mampu nak berkata apa apa, hamburkan semuanya melalui tangisan."

Suasana menjadi hening.

Bunyi petir bergema memecah keheningan malam.

Angin malam yang sejuk membuatkan badanku menggigil kesejukan.

Aku memandang pemandangan yang terbentang luas di hadapan mataku.

Menikmati panaroma yang indah membuatkan aku lagi sebak.

Air mata bertakung.

"Menangislah. Aku tahu kau sudah lama pendam. Menangislah."

"Tak larat dah.... dah tak mampu."

Dia memelukku dengan cintaNya yang tidak terhingga buatku, seeratnya.

Lalu setitis demi setitis air mata jatuh ke pipi.

"Walaupun hanya tangisan yang diluahkan tapi Aku masih mampu baca isi hatimu. Sungguh perit apa yang kau tanggung."

Tangisanku membasahi pipi.

Walau dikesat tapi ia sesaat cuma.

Akan ada yang menitis dan terus menitis.

Seolah apa yang ditanggung terlalu banyak untuk diluahkan melalui tangisan.

"Aku dah tak larat lagi. Kenapa aku dihempap sebegini rupa?"

Dia membisu. Masih memelukku dengan erat.

"Sebab kau kuat orangnya."

AyatNya membuatkan tangisanku mengalir dengan deras.

"Kenapa tiada yang mengambil peduli tentangku?"

Tanyaku perlahan. Tangisanku masih lagi bersisa.

"Kenapa aku ada perasaan untuk mendengar masalah semua orang tapi kenapa semua orang tak pernah ada perasaan untuk mengambil berat tentang aku?"

Pelukan dileraikan perlahan.

Aku memandangNya dengan raut yang dibelenggu persoalan.

"Kerana...."

Aku menunggu jawapannya.

"Aku gerakkan hati mereka untuk berasa begitu kerana Aku mahu Aku sahaja yang mengambil peduli tentangmu. Aku membuatkan mereka tidak mendengar masalahmu kerana Aku mahu Aku sahaja yang dengar masalah kau."

Aku terduduk.

"Kenapa Kau masih mahu mengambil berat tentangku yang seringkali lupakan Kau?"

Aku bertanya lagi. Air mata kembali membasahi pipi dengan lebatnya.

"Kerana kaulah hambaku. Hambaku yang disayangi."

Aku hanya memandang lantai.

Tangisanku terus dihamburkan.

Aku memandang ke atas.

Dia sudah tiada dalam ilusi aku.

Aku tersenyum dalam tangisan.

Dia membiarkan aku muhasabah sendirian.

Walaupun Dia tiada pada pandangan sebenar aku,

tapi aku tahu Dia akan sentiasa akan ada bila aku memerlukan Dia.
'Rabb, maafkan aku kerana tidak dapat menjadi hamba yang terbaik buatMu. Maafkan aku.'