"Be who you want to be, not what others want to see."

{ older posts / newer posts }

Friday, November 22, 2013
9:06 PM

Cerpen ini tiada kena mengena dengan mereka yang hidup mahupun yang sudah meninggal dunia. Idea asal adalah daripada Allah SWT dan Dia yang memberi ilham kepada aku; Taro melalui imaginasiku. Have fun! xx
                   Aku mengelap peluh di muka menggunakan tuala kecil. Aku mengeluarkan sebuah botol dan mengambil sebiji pil. Tanganku mencapai sebotol air mineral yang terletak di atas meja berhampiran dengan peralatan gim kesayanganku; treadmill. Aku menelan pil tersebut. Aku memusingkan penutup botol dan meneguk air dengan rakusnya. Dengan sekali teguk, aku menghabiskan air tersebut.

                   Aku berdiri dan berjalan ke arah sebuah meja. Aku segera mencapai remote control dan menekan punat on. Lagu 'Cleansing Cream' dimainkan dan memecah suasana yang hening di dalam rumah banglo dua tingkat yang tersergam indah. Sesekali kepalaku terangguk angguk mengikut rentak yang dimainkan.

                   Aku keluar dari bilik gim yang menempatkan pelbagai peralatan gim dan menuju ke bilik tidur. Aku memusingkan tombol dan melangkah masuk ke dalam. Aku menanggalkan baju yang dibasahi peluh dan mencapai tuala. Aku menapak ke bilik airku. Aku menekan suis dan cahaya mula menerangi seluruh ruang bilik airku.

                   Aku melangkah masuk ke dalam ruang mandi. Dengan sekali tekan, air mula memancut keluar dan membasahi badanku yang tegap. Selesai mandi, aku keluar dari ruang tersebut setelah mengelap badanku menggunakan tuala. Aku hanya memakai tuala pada paras pinggang hingga ke lutut. Aku berdiri di hadapan sinki dan mencuci mukaku yang sedikit berminyak.

                   Selesai mencuci muka, aku menuju ke arah bilik kecil yang menempatkan ratusan pakaianku yang berjenama. Aku memilih baju t shirt yang agak santai berwarna kuning terang dan di hujung lengannya mempunyai jalur berwarna merah jambu yang pekat. Kemudian aku menyarungkan seluar jeans berwarna putih jenama Levis.

                   Kaki diorak pula ke arah meja solek. Aku mencapai sebotol minyak wangi Playboy. Semburan diarahkan ke seluruh badan. Wangian yang mampu menarik perhatian gadis. Aku memakai seutas jam tangan jenama Tag Heuer di pergelangan tangan. Sepasang stokin hitam dan kasut berwarna coklat cair bertali hitam segera disarungkan.

                   'Dah okaylah ni. Sekarang misi untuk menarik perhatiannya.' Bisik hatiku sambil mata tertancap memandang pantulan imej diri sendiri di cermin.

                   Aku menapak keluar dari bilik dan menuruni anak tangga. Sempat aku melirik pemandangan di luar rumah melalui tingkap kaca yang besar semasa menuruni anak tangga. Cuaca yang cerah membuatkan aku lebih bersemangat untuk melaksanakan misi.

                   Kunci kereta di dalam poket seluar dikeluarkan. Aku menekan butang dan menarik pintu keretaku, Audi R8 yang berwarna putih dan mempunyai corak jaluran merah hitam. Aku menghidupkan enjin dan terus memecut laju meninggalkan perkarangan rumah yang aku menghuninya seorang diri.

------------------------------------------------------------------------------------------------

                   Aku menyarungkan kaca mata hitam. Aku mematikan enjin dan keluar dari kereta, Aku mengunci kereta dan terus menapak ke arah sebuah kafe yang berkonsepkan garden. Aku memilih sebuah meja yang terletak berhadapan selang 2 buah meja dari seorang wanita. Seorang pelayan menghampiriku dan menghulurkan menu.

                   Aku memesan secawan air coklat panas. Pelayan itu beredar. Mataku masih ralit memandang si dia yang keseorangan tanpa teman. Penampilannya cukup anggun dan bisa menggetarkan mana mana jiwa Adam. Gaun putih paras lutut dan cekak berwarna biru jeans cukup menyerlahkan kecantikan dirinya. Kasut tumit tinggi berwarna hitam terletak elok di kakinya.

                   Rambutnya yang mengurai bebas ditiup angin menambahkan lagi aura jelitanya. Sedang aku asyik memerhati dirinya, dia memandang aku dengan matanya yang cukup redup. Mungkin dia perasan ada lirikan mata yang sedang memandang dirinya. Dia mengukir senyuman yang manis. Dia bangun dan berjalan dengan ayu ke arah aku.

                   "Hai! Boleh I duduk di sini?" Suaranya yang lembut menyapa telingaku.

                   Aku hanya memandang wajahnya tanpa senyuman. Memang aku dari kecil jarang senyum. Walaupun tiada senyuman yang menghiasi wajahku, tetap ramai gadis yang 'tersungkur' di dalam genggamanku. Tanpa sebarang jawapan dan keizinan dariku, dia menarik kerusi di hadapanku dan melabuhkan punggungnya.

                   "Seorang je ke? Mana girlfriend?" Satu soalan klise dilontarkan.
                    
                    Pelayan yang mengambil pesananku menghampiri mejaku bersama secawan air coklat panas, seperti yang dipesan olehku. Aku mengucapkan terima kasih. Dia mengangguk kecil dan segera beredar; memberi ruang untuk aku berbual bersama wanita di hadapanku.

                   "Aku Zulfa Aryan Tarique. Kau?" Aku tidak menjawab soalannya tetapi memperkenalkan diriku kepadanya.

                   "Saya Zara Eryna Delisha. You boleh panggil I Delisha. Nama you uniklah. Zulfa Aryan Tarique. Rare sungguh. Macam tuannya. Nak I panggil you apa? Zulfa? Aryan? Or...." Belum sempat dia menghabiskan soalannya aku segera mencelah.

                   "Faryan Tarique."

                   "Faryan? Eh, bukan nama you lain ke?" Soalnya pelik.

                   "Orang selalu panggil Zulfa Aryan. Lama lama orang mula panggil Faryan." Jawabku lagi,

                   "Oh i see. Hm...." Matanya memandang wajahku dengan pandangan menggoda.

                   "Malam ni kau free? Teman aku dekat rumah aku malam ni boleh?" Tanyaku.

                   Dia kelihatan terkejut. Mungkin dia tidak menyangka aku akan terus mengajak dia ke rumah aku dengan hanya 'pertemuan pertama' kami. Tapi reaksi terkejut itu tidak lama. Dia melemparkan senyuman dan dia mengangguk perlahan.

                   "You nak jemput I dekat mana?" Soalnya.

                   "Aku jumpa kau dekat sini. Malam ni pukul 11. Jangan lambat!" Aku segera bangun. Aku meletakkan beberapa keping not duit di meja.

                   Baru selangkah kakiku melangkah, aku berpusing. Aku melangkah semula ke arahnya dan menundukkan sedikit badanku. Aku mendekatkan bibirku di telinganya.

                   "Ingat, jangan lambat. Pakai pakaian yang cantik dan ayu macam yang kau pakai sekarang ni, okay?" suaraku menuturkan ayat dengan nada yang lembut.

                   Aku berjalan ke arah keretaku dan masuk ke dalam kereta. Aku menghidupkan enjin. Aku pandang ke arahnya sambil tersenyum kekok. Senyuman yang penuh dengan rahsia yang misteri.

------------------------------------------------------------------------------------------------

                   Malam itu, aku memakai baju putih bercorak abstrak dan jaket jeans. Seluar hitam dipadankan dengan kasut merah bertali merah juga. Semburan minyak wangi Hugo Boss dan jam tangan Montblac menjadi pilihanku pada malam ini.

                   Aku segera menjemput Delisha di restoran yang kami berjumpa tadi. Dari jauh kelibat seorang wanita bergaun merah paras paha mula kelihatan. Rambutnya yang hitam berhighlight warna coklat terang diikat satu. Cukup menawan dan mampu membuat sang teruna tertawan.

                   Aku memarkir kereta Lamborghini kuningku di hadapannya. Dia mencebik manja. Aku keluar dari perut kereta dan berjalan ke arahnya. Aku berdiri di hadapannya.

                   "Kenapa you lambat sangat. Penat tau I tunggu." Tanyanya dengan suara yang menggoda. Dia memaut lengan sasaku dan melentokkan kepalanya dibahuku. Aku melihat jam yang terletak elok dipergelangan tanganku.

                   "Mana ada lambat. Sekarang baru pukul 10.55." Jawabku tanpa perasaan.

                   "Eeei geramnya I tengok you! Gurau jelah sayang oii. I yang datang awal, pukul 10.30 I dah terpacak di sini tau. Hm jom?" Dia mendongakkan kepalanya sambil memandangku.

                   Aku meleraikan tangannya yang memaut lenganku dan segera membuka pintu kereta untuknya. Dia tersenyum menggoda. Dia melangkah masuk ke dalam kereta. Aku menutup pintu dan segera berlari anak ke arah pintu kereta pemandu dan masuk ke dalam.

                   Keretaku memecut laju memecah suasana malam yang masih 'muda'.

------------------------------------------------------------------------------------------------
                   
                    Delisha menapak perlahan keluar dari kereta dan segera menarik tanganku. Dia memandang aku.

                   "Ini rumah you ke? Besarnyaaaa. You tinggal seorang ke atau ada bibik yang menemani you?" Soalnya, cemburu membuta.

                   "Jom masuk." Aku membiarkan soalannya tanpa jawapan.

                   Kami melangkah masuk ke dalam rumah. Kelihatan ruang tamu sebesar lobi hotel dihiasi dengan pelbagai perabot mewah. Satu set perabout kerusi yang diperbuat dari kulit dan meja kaca diletakkan di tengah tengah ruang tamu, Terdapat sebuah piano berwarna putih diletakkan di bawah tangga yang melengkung ke atas.

                   Aku menaiki tangga dan membiarkan Delisha keseorangan. Dia kelihatan tidak kekok. Delisha mula berjalan dan melihat setiap ruang dan bilik. Dapur yang kemas dihiasi dengan peralatan memasak yang berkualiti tinggi dan diimport dari luar negara. Terdapat satu ruang yang hanya menempatkan meja makan. Ruang tersebut kelihatan mewah.

                   Dia mula melangkah memasuki ke dalam sebuah bilik tetamu. Bilik berwarna biru laut dan turquoise itu ternyata tampak cukup luas. Haruman lavendar menusuk deria bau tiap kali menapak ke dalam bilik tersebut. Katil bersaiz king dan set almari serta meja solek berwarna putih menambahkan lagi seri bilik itu. Terdapat sebuah televisyen LCD bersaiz 52" dilekatkan di dinding.

                   Delisha mula menapak keluar dari bilik tetamu itu dan melangkah ke arah ruang tamu. Baru beberapa langkah, terdapat sebuah pintu kayu yang menempatkan sebuah bilik misteri menarik perhatian Delisha. Entah kenapa jiwanya mahu memasuki kamar tersebut. Dia memandang sekeliling. Baru tangannya hendak menolak pintu itu, tangannya ditarik kasar.

                   "Jangan berani masuk melainkan aku arahkan. Kalau kau berani masuk, jangan harap kau boleh keluar dengan nyawa dari rumah ini. Faham?!" Aku memberikan arahan yang cukup keras,

                   Delisha tersentak. Entah bila Faryan Tarique berada di belakangnya. Dia hanya menganggukkan kepalanya perlahan. 

                   "Sorry. You, lepaskan tangan I. Sakit..." Tuturnya.

                   Aku melepaskan tangannya. Hembusan nafas dilepaskan.

                   "Maaf. Aku tak sengaja." Tuturku lembut.

                   "Bilik apa ni sayang? Kenapa you tak benarkan I masuk?" Dia memeluk pinggangku sambil bersandar di dadaku.

                   "Ala bagilah tahu. Bilik ni nampak macam ada something je. Nampak misteri. I suka tau benda benda misteri ni." Delisha tergelak kecil.

                   "Nak tahu?" Soalku dengan senyuman yang dileretkan. Masih kekok.

                   "Nak!" Dia kelihatan teruja.

                   "Kau pergi naik atas. Kau akan nampak ada satu pintu berwarna putih. Masuk dalam bilik tu dan pergi mandi. Pakaian semuanya sudah aku sediakan. Lepas kau dah bersiap, kau turun sini dan masuk dalam bilik ni. Okay? Aku tunggu kau." Tuturku, dingin.

                   "Okay! You tunggu I okay?" Sebuah ciuman singgah di pipiku.

                   Dia berlari menaiki tangga. Aku hanya beriak selamba. Aku membuka pintu tersebut dan melangkah masuk. 

------------------------------------------------------------------------------------------------
                   
                   Selesai mandi dan memakai pakaian yang diberikan oleh Faryan Tarique, dia berdiri menghadap cermin. Dia tersenyum tapi tidak lama. Dia berasa pelik.

                   "Macam mana dia boleh tahu saiz aku eh? Dasar jantan, cepat aje mata tu melilau memandang tubuh perempuan. Tapi kan uhm.. kenapa aku rasa aku macam pernah nampak dia eh?" Delisha bermonolog sendirian.

                   Tapi rasa pelik itu sekejap sahaja singgah di fikirannya. Dia memerhati semula dirinya di cermin. Gadis tinggi lampai memakai gaun jarang berwarna putih. Rambutnya dibiarkan lepas. Bibirnya dioles sedikit lip balm berperisa ceri. Dia tersenyum lagi.

                   Delisha segera menapak keluar dan menuju ke bilik yang Faryan Tarique menunggunya.

------------------------------------------------------------------------------------------------

                   Delisha menapak ke dalam bilik misteri itu. Tiada cahaya lampu yang menerangi menyukarkan dia untuk melihat suasana bilik itu. Dia meraba raba dinding yang berdekatan, mencari suis lampu.

                   "Faryan! Faryaaaaaan! You dekat mana?" Suaranya bergema memecah suasana yang sepi.

                   Sekelipan, lampu dibuka. Kelihatan sebuah palang bernyalakan api digantung di satu sudut. Delisha mula menapak masuk ke dalam. Sebuah meja kayu diletakkan di tengah tengah ruang bilik itu. Terdapat berpuluh pisau pelbagai saiz di atas meja itu. Dia memandang di sebelah kirinya. Dia terduduk, ketakutan.

                   Terdapat ribuan gambar dirinya dilekatkan di dinding. Ada beberapa gambar dia bersama seorang lelaki dan di setiap gambar, dia bersama dengan berlainan lelaki. Ada juga gambar dia bersendirian. Ada gambar dia sedang mandi dan menukar pakaian. Ada gambar dia tanpa seurat benang.

                   Delisha mula menggigil ketakutan. Dia berasa pelik, dari mana gambar gambar ini diperoleh. Dia mula bangun dan menapak beberapa langkah ke belakang sambil menggelengkan kepala. Beberapa langkah, dia terlanggar seseorang. Dia berdiri kaku. Dia mampu mengagak gerangan yang dilanggar olehnya. Dia memusingkan kepalanya. Kelihatan Faryan Tarique berdiri sambil tersengih.

                   "Hai Zara Eryna Delisha. Nampaknya kau dah tengok keadaan sekeliling bilik ni." kataku sambil tersengih,

                   "Mana kau dapat semua gambar ni? Siapa kau yang sebenarnya? Siapa?!!" Delisha menjerit ketakutan. Dia bersiap sedia untuk melarikan diri.

                   Aku menapak perlahan ke arah Delisha.

                   "Maafkan aku. Semoga tidur dengan lena buat seketika waktu, Zara Eryna Delisha!" kataku sambil merapati ke arah Delisha. 

                    Aku mencengkam pergelangan tangan Delisha. Dia meronta untuk melepaskan diri. Aku segera mencucuk jarum yang berisi sedikit cecair ke kulitnya. Tak lama kemudian, Delisha mula rebah tidak sedarkan diri.

                    Aku tersenyum puas.
                  
------------------------------------------------------------------------------------------------
                    
                    Delisha membuka matanya perlahan. Dia berasa sedikit pening. Dia cuba untuk memegang kepalanya tapi terasa seperti tangannya diikat. Dia memandang ke atas. Tangannya diikat dengan besi. Dia mula merasa pergelangan tangannya panas dan kemudian dia tersedar bahawa dia digantung di atas palang yang berapi itu. Dia menjerit ketakutan.

                    "Senyaplah!" Kedengaran suara kasar menerpa telinga Delisha.

                    Kelihatan seorang lelaki bertubuh sasa sedang duduk di atas kerusi berhadapan dengan meja yang meletakkan puluhan pisau.

                    "Lepaskan akulah sial! Kau siapa nak gantung aku macam ni?" Delisha membentak.

                    "Aku Faryan Tarique, penghukum. Kau?" jawabku perlahan. Kemudian aku tergelak.

                    Delisha mula terpinga. Dia mula tidak mengerti. Siapa sebenarnya Faryan Tarique ini? Bagaimana dia boleh dapat ribuan gambarku? Dan kenapa dia gelarkan dirinya penghukum? Semua soalan itu mula berlegar di dalam fikiran Delisha.

                    Aku melangkah ke arah Delisha dan menarik rambutnya dan digantungkan di palang berapi. Delisha menjerit kesakitan,

                    "Woi sakitlah! Kau nak buat apa ni?! Lepaskan rambut aku lah bodoh!" Delisha mula memekik.

                    Aku membiarkan Delisha kesakitan. Aku mula membakar rantai besi yang diletakkan berhampiran Delisha. Besi itu mula bertukar warna dari warna kelabu ke hitam kehangusan. Delisha kebingungan dalam kesakitan yang tidak terhingga.

                    Aku mula mentelanjangkan Delisha dengan merentap sahaja gaun yang dipakainya, gaun pemberian aku, gaun 'maut'. Badannya yang putih melepak dibiarkan begitu tanpa seurat benang. Sedikit pun tidak menggugah keimanan Faryan Tarique. Dia mula menyarungkan sarung tangan dan memegang besi yang telah dibakar.

                    Dia menarik buah dada Delisha dan menggantungnya menggunakan rantai besi yang telah dibakar dan digantungkan di atas palang berapi. Delisha meraung kesakitan.

                    Aku hanya melihat tanpa sedikit rasa simpati. Aku tidak menunjukkan sebarang reaksi. Mukaku serius memandang Delisha yang kepedihan dibakar.

                    "Allahu, tolong aku. Lepaskan aku. Tolong aku ya Allah." rintih Delisha, perlahan.

                    Aku tergelak, sinis. Gelak yang menakutkan sesiapa yang mendengarnya. Gelak yang tidak sepadan dengan raut wajahnya yang tampan. Namun gelakku cuma seketika. Dia menumbuk meja.

                    "Baru kau nak ingat Tuhan? Selama ini kau mendedahkan aurat dekat semua jantan, kau tak nak ingat pula Tuhan kau?! Ni baru balasan dari aku. Balasan yang tidak seberapa. Kau dah meraung kesakitan?! Macam mana bila kau di neraka nanti?! Mampu ke kau nak tahan dengan seksaanNya? Mampu ke?!! Haaaah?!!" Aku menyoal, garang. Mukaku membengis.

                    Delisha menangis. Aku mula mengambil alat pemanggang dan dinyalakn suis. Alat pemanggang diletakkan berhampiran di paha Delisha. Delisha mula merintih kepedihan.

                    "Sakit weh. Sakit. Tolong aku." Tutur Delisha, perlahan.

                    Aku tidak mengendahkan rintihan Delisha. Aku mengambil pula beberapa arang. Aku mencalitkan sedikit arang ke muka Delisha sehingga kehitaman. Selesai sahaja mencalitkan arang, aku mula melangkah ke arah meja, mengambil sebilah pisau yang tajam.

                    Aku bergerak ke arah Delisha. Hujung pisau itu aku letakkan di bahagian perutnya. Sedikit demi sedikit aku menikam dalam ke arah perutnya. Darah mula memancut keluar. Daging mula kelihatan. Aku medalamkan lagi torehan sehingga menampakkan isi perutnya.

                    Aku memasukkan tanganku ke dalam perutnya dan mengeluarkan sedikit isi perutnya. Raungan Delisha dihiraukan begitu sahaja. Aku meletakkan isi perutnya di atas dulang dan membawa dulang itu ke Delisha. Aku menyuap sedikit isi perutnya sendiri ke dalam mulutnya.

                    "Apa kau buat ni hah? Aku taknak lah!" Delisha mengelat setiap kali aku menghulurkan isi perutnya sendiri.

                    "Habis selama ni kau goda semua jantan dalam gambar tu dengan berpakaian seksi kau nak pula? Ni adalah balasan bagi perempuan yang menggoda atau mengghairahkan lelaki. Lelaki baru dah pandang sikit, kau terus goda dan ghairahkan lelaki tu? Ingat aku tak tahu, baru lelaki cakap kau cantik, kau dah tergedik gedik melayan? Kau sendiri yang menggoda lelaki! Dasar betina..."  Aku menampar pipinya.

                    Delisha hanya mampu menangis. Baru kini dia tahu bahawa selama ini Faryan Tarique sudah lama mengintip dirinya. Tetapi siapa yang menyuruhnya berbuat begitu?

                    'Patutlah aku pernah nampak dia. Rupa rupanya aku pernah terserempak dengannya.' bisik hati Delisha.

                    "Kau nak tahu kenapa aku buat macam ni?" Soalku.

                    Dan soalanku dibiarkan sepi oleh Delisha. Aku pandang raut wajahnya.

                    "Sebab aku nak kau tahu, kalau balasan yang diciptakan sendiri oleh aku pun kau tak tahan, apatah lagi balasan dari Allah. Dengan aku kau boleh merayu, tapi dengan Allah?" Aku gelak sendirian.

                    "Tapi siapa kau nak terus menghukum aku macam ni? Kau fikir kau Tuhan? Kau pun sama, manusia yang hina dan jijik macam aku. Malah lebih kejam daripada aku!" Delisha bertutur dengan nadanya lemah tapi tegas.

                    Aku terdiam. Bibirku mula dileretkan. Rautku berubah.

                    "Bukankah manusia zaman sekarang ni terlalu cepat menghukum? Satu dosa sahaja sudah menghukum pesalah itu? Jadi tak salah bukan untuk aku menghukum kau? Dan kalau nak hukum, kenalah hukum hukuman yang berat bukan?" Aku tergelak lagi. Gelak yang menakutkan.

                    Aku berdiri di hadapan Delisha. Tanganku yang masih menggenggam sebilah pisau aku bawakan ke muka Delisha. Delisha tidak terdaya untuk melawan. Nyawa seperti nyawa nyawa ikan pada detik ini. Luka di perutnya melemahkan dirinya.

                    Aku menoreh sedikit demi sedikit wajah jelita Delisha. Pipinya yang mulus tanpa jerawat ditoreh oleh aku. Kemudian aku menoreh bibirnya yang merah bak buah delimah. Aku menyiat kulit bibirnya pula. Darah mula mengalir sedikit demi sedikit.

                    Delisha mula menangis. Tidak mampu bersuara kerana bibirnya pedih disiat. Kelihatan seperti seorang joker. Mulutnya penuh dengan darah.

                    Secara tiba tiba, aku mula merasa pening. Aku memegang dahiku. Aku mengerling ke arah jam yang tergantung di dinding,

                    'Ah, aku lupa. Sudah tiba masanya untuk aku makan ubat,' detik hatiku.

                    Aku mengeluarkan sebuah botol kecil. Aku mengeluarkan sebiji pil dan menelannya. Delisha yang masih lemah membaca butiran botol itu. Dia dapat membaca sedikit butiran.

                    'Pensiklidin....' Delisha mula pelik. Kenapa Faryan Tarique menelan pil yang telah diharamkan oleh pusat kesihatan Amerika Syarikat?

                    Delisha mula mengingati info yang dipelajarinya dulu. Ilmu medik yang dia belajar dulu. Pensiklidin merupakan ubat yang diberikan kepada manusia sebelum pembedahan. Boleh dikatakan sebagai ubat bius. Tapi pil ini sudah lama diharamkan kerana ubatnya tidak sesuai dengan manusia. Ia hanya digunakan untuk membius haiwan.

                    Delisha cuba menyelongkar kotak fikirannya lagi. Jika ubat ini diambil secara berlebihan, akan ada kesan sampingannya, sama seperti ubat yang lain. Tapi kesan sampingan untuk pil ini lebih merbahaya. Seseorang itu akan cepat marah, bertindak agresif, ganas dan hilang orientasi diri, 

                    'No wonder dia bertindak sebegini rupa. Dia kurang waras. Ya Allah, Kau ampunkanlah dosanya. Dia tidak mampu berfikir dengan waras kerana pil itu. Kesian kau Faryan. Tak apa, aku maafkan kau. Aku bukan seperti kau, orang yang terlalu cepat menghukum. Aku maafkan...' bisik hati Delisha.

                    Delisha merasa sakit. Seperti ada 'benda' yang menarik 'sesuatu' di dalam badannya. Sakitnya sungguh tidak terperi. Delisha hanya mampu menyebut nama Allah dan akhirnya menghelakan nafasnya yang terakhir.

                    Aku yang sudah pulih dari rasa pening, pandang Delisha. Dadanya yang tidak bergerak membuatkan aku segera meluru ke arahnya. Aku segera mencari nadi Delisha.

                    'Tidak berdenyut.' Aku tersenyum.

                    Akhirnya mampus juga orang yang jijik macam kau. Dasar perempuan gatal!
                    
                    -----------------------------------------------------------------------------------------------

                    Aku menarik kerusi dan melabuhkan punggungku di atas kerusi itu. Aku memandang seorang wanita yang duduk di meja di hadapanku. Dia memakai baju lengan panjang tetapi masih mampu membuatkan kaum Adam terliur melihat bentuk badannya yang menggiurkan. Lama aku memandang dirinya sehingga satu saat itu, dia menyedari renunganku.

                    Dia bangun dan berjalan ke arahku. Terus menarik kerusi di hadapanku.

                    "Hai! Kenapa you pandang I ya? Tergoda ke?" Soalnya dengan nada yang manja.

                    Aku tersengih, sinis. Perempuan, terlalu cepat perasan. Baru lirikan mata, sudah cair dan perasan. Aku tergelak di dalam hati.

                    "Aku Zulfa Aryan Tarique. Kau?"
                    
                    Aku tersenyum. Senyuman yang penuh dengan rahsia yang misteri.