"Be who you want to be, not what others want to see."

{ older posts / newer posts }

Monday, November 25, 2013
9:21 PM


Aku duduk di tepi tingkap.

Earphone dipakai dan aku on mp3ku berwarna biru.

Lagu 'Redha' dimainkan. Volume dikuatkan.

Aku melemparkan pandanganku ke luar tingkap.

Sesekali bibirku menyanyikan lagu yang dimainkan.

Lirik? Main aci redah je.

Terasa ada mata yang memandang.

Aku menoleh ke kiri, tersentak.

"Kau pahal pandang aku macamtu?" aku bertanya.

"Tak ada apa apa."

"Dah berapa lama kau tengok aku?"

"Uhm sejak kau main bedal je nyanyi lirik." Zenia tergelak.

"Tak lawakla woi!"

Dia menyandarkan dirinya. Dia termenung jauh. Aku perhati je. Dah tertukar situasi pula sekarang ni. Aku sengih.

"Kau pula yang termenung ni pahal?" tudungnya ditarik sedikit ke belakang. Acah sweet je aku.

"Woi! Kasar nampak." Dia membetulkan tudungnya.

"Kau kenapa? Ada masalah? Ada soalan? Ada apa apa rancangan nak letupkan sekolah ni ke? Tak nak cerita?"

Dia jeling padaku. Aku memejamkan mata dan tersengih lagi. Acah comel.

"Syitah, macam mana nak berukhuwah?"

"Macam kau dengan aku sekarang ni. Kau bercerita, aku mendengar. Ukhuwah yang sweet gitu."

"Aku seriousla."

"Aku pun."

Dia mengeluh. Zenia adalah sahabatku yang baru aku kenali pada tahun ni. Act nama dia bukan Zenia. Cuma aku je yang tak nak dedahkan siapa dirinya. Zenia... bermaksud bunga. Ya, dia adalah 'bunga'. Bunga yang jarang didapati. 'Bunga' yang sangat mahal harganya. 'Bunga' yang ada racunnya sendiri. Ada durinya yang tersendiri. 'Bunga' yang sangat unik.

"Ei, kau nak dengar ke tak cerita aku ni weh." Dia menolak sedikit tubuh aku.

"Haaa?" Aku menarik earphone di telingaku.

"Patutla tak dengar."

"Okay okay sorry. Cerita ah."

"Takde ah. Aku kendkadang jealous tengok ukhuwah kau dengan kawan kau. Nampak sweet je. Walaupun korang tak satu sekolah tapi kau selalu sebut nama dia. Cerita tentang dia. Sweet kot."

"Siapa?"

"Ala yang budak 18 tu..."

"Mardiah?"

Dia mengangguk. Aku tersenyum. Haih siapa yang tak suka dan bangga jalinkan ukhuwah dengan sahabat fillahku yang seorang itu? Rasa rindu menerpa dalam hati, eceh.

"Dah tu kenapa?" aku melontarkan soalan.

"Tak adalah. Aku nak ada ukhuwah macam tu. Korang selalu berutus surat, menegur khilaf masing masing. Selalu mentarbiyahkan hati sahabat yang lain. Haih macam mana nak ada ukhuwah macam tu?"

Aku terdiam. Menyusun ayat yang terbaik untuk dituturkan. Takut ada ayat yang akan menyinggung sedikit perasaannya. Nak jadi daie kena gentle beb.

"Kau nak ukhuwah macam tu?"

Dia mengangguk.

"Kau nak ada sahabat macam sahabat aku, Mardiah?"

Dia mengangguk lagi.

"Betul?"

Dia membuat muka bosan.

"Betulla. Takkan memain kot." Bibirnya terjuih ke hadapan.

"Hodoh ah kau buat muka cemtu."

"Okay okay. Jadi serious. Macam mana nak dapat ukhuwah macam korang?"

"Kau kena jadi magnet."

Keningnya terangkat sedikit.

"Nak dapat sahabat yang baik, kena jadi sahabat yang baik."

"Macam tu pula? Macam jodoh kot."

Aku mengangguk, mengiakan katanya.

"Apa kau fikir jodoh itu untuk kahwin je ke? Jodoh itu bila kau bertemu dengan seseorang, tak kisahla dia tu perempuan ke lelaki ke kucing ke..."

Dia menampar bahuku.

"Serious ah." aku gelak.

"Kalau kau nak ukhuwah fillah macam ni, kau kena jadi magnet. Kan kita ada belajar komsas; Personafikasi."

"Hm ciri ciri manusia pada suatu benda yang tak bernyawa, kan?"

Aku mengangguk. Terimbas wajah cikgu Bahasa Malaysiaku, Encik Zunaidi.

"Then apa kena mengena dengan magnet?"

"Aura orang yang baik, solehah, comel dan bijak hanya dapat menarik...."

"Orang yang baik, solehah, comel dan bijak?"

Aku kenyit mata. Aku mengangguk kepala.

"Senang cemni la. Kau nak ke berkawan dengan bebudak gangster?"

Dia menggeleng.

"Mesti kau nak kawan yang baik. Kawan yang akan nasihatkan kau. Dan kawan yang memahami, kan?"

Dia mengangguk.

"Then, you must be like that la! Get it?"

"Tapi syitah, kalau ada budak gangster nak berkawan dengan aku, perlu ke aku terima tawaran dia?"

Aku diam. Memikirkan ayat yang sesuai untuk diberi. Aku mengerdipkan mata beberapa kali.

"Ikut kau. Kalau kau rasa iman kau kuat, kau kawan la."

Dia pelik. Tak faham lah tu.

"Kenapa kau nak ada sahabat yang baik? Sebab kau nak dia tegur semua kekhilafan kau kan? Jadi, kau kena jadi sahabat yang kau nak tu dekat orang lain. Sentiasa tarbiyah dan tegur dengan cara yang baik dekat orang lain. Be gentle. Jadi sahabat yang baik dengan orang lain. Then He will gives you kawan yang kau selalu idamkan."

"Macam quote; What you give you get back la?"

"Yeap dan macam quote; What goes around, comes around."

"And kalau aku nak sahabat yang caring, aku kena jadi caring la?"

"Nah, such a genius girl!" aku menunjukkan tanda bagus padanya.

Dia tersengih. Dia memandang aku, lama.

"Apa lagi yang kau nak tanya? Tanya je, tak payah tenung aku."

"Uhm syitah...."

"Yeap?"

"Kau dah boleh lupakan dia yang di sana ke?"

Aku sumbatkan kembali earphoneku ke dalam telinga. Soalannya dibiarkan sepi tanpa jawapan.