"Be who you want to be, not what others want to see."

{ older posts / newer posts }

Tuesday, November 12, 2013
4:21 PM

Aku membawa tong cat dan berus berus cat yang telah kami gunakan ke surau.

Penat masih terasa kerana bekerja keras mengecat tandas perempuan.

'Well at least, kau dapat cipta memori mengecat tandas Alam Megah kan?' aku bergurau dengan hati sendiri.

Dasar psiko aku ni. Cakap dan bergurau dengan diri sendiri.

Tersengih sendirian. Satu tabiatku yang semakin menjadi jadi.

Aku membuka kasut sekolahku dan terus berjalan ke tempat wudhu' lelaki.

Aku memandang lantai.

'Basah. Alamak, kalau pakai stokin ni, time nak balik rasa tak selesa pula.' bisik hatiku.

Baru tanganku hendak mencapai stokin yang terlekat di kakiku, aku tersedar sesuatu.

'Kalau aku buka stokin, memang balik ni aku akan jalan dengan selesa tapi adakah aku akan selesa di neraka nanti kerana dosa aurat yang terdedah ini?' aku tertanya sendirian.

Tapi kalau aku tak buka, nanti balik stokin ni jadi busuk dan aku jalan tak selesa.

Tapi syitah sayang, kau nak ke terseksa di neraka nanti?

Alaaa tapi kaki je. Aku bukan nak buka kain ke apa. Aku nak buka stokin je.

Memanglah kau nak buka stokin je tapi dosa kerana membuka aurat dengan sengaja itu kau sanggup ke nak tanggung?

Aku tahu kaki tu aurat tapi sekejap je. Sekali ni je.

Dan kerana sekali ni sahajalah kau punya timbangan dosa akan makin berat.

Tapi nanti stokin basah dan busuk.

Mana kau lagi rela sayang? Stokin basah dan busuk di dunia atau kaki yang busuk kerana ditelan api neraka di sana nanti? Lagipun kau hari hari basuh stokin kan? Jangan risau pasal busuk tu sayang oii.

Aku mengeluh. Aku mengalah dengan kata hatiku sendiri.

Aku berjalan penuh hati hati ke arah tempat ambil wudhu' lelaki.

Aku mengambil berus cat dan tong yang penuh dengan cat dan terus bercangkung.

"Syitah, kau tak buka stokin ke? Basah karang." suara sahabat yang dicintai menerpa telingaku.

Segera aku berpaling padanya dan memandang wajahnya.

Aku pandang ke arah kakinya pula. Tersenyum hambar.

"Tak. Kaki kan aurat sayang oii." gurauku bersahaja.

Riak wajahnya berubah. Aku memalingkan wajahku.

'Dia mesti terasa. Err nak minta maaf ke tak eh?' aku mengetap bibirku.

Pertanyaan hatiku dibiarkan sepi tanpa jawapan.

Tak lama kemudian, sahabat lelakiku muncul di hadapanku.

Dia melihat kami berdua tanpa menghulurkan bantuan. Kurang asam punya kawan.

Tiba tiba air yang mengalir dari paip terpercik dan terkena pada stokin ku.

Banyak pula tu. Basah lencun stokin aku dibuatnya.

Aku mengeluh sambil memejamkan mata.

"Habis basah. Haih." keluhan diluahkan sekali lagi.

"Syitah, kenapa pakai stokin? Buka jelah." kata sahabat lelakiku.

"Aurat kan?" aku sekadar mengerling padanya.

Dia sekadar mengangguk sambil memandang ke arah sahabat perempuanku.

Ikutkan hati, mahu sahaja aku tapekan mata akh ini untuk tidak melihat aurat sahabatku.

Tak jaga mata langsung!

Tapi takkan aku nak salahkan akh kerana dia tidak menjaga matanya.

Sahabatku juga salah dalam hal ini kerana dia membuka auratnya dengan rela.

Aku tahu ramai sahabat sahabatku di luar sana yang masih leka dalam bab aurat kaki ini.

Bagi mereka, sekadar mendedahkan aurat kaki ini tidak akan mendatangkan syahwat dari lelaki dan dosa.

Tapi mereka tidak tahu, bahawa dengan melihat tumit kaki sahaja, para ajnabi dapat meneka sama ada 
mereka masih dara atau tidak.

Dan tidak silap aku, ini adalah kepercayaan orang Cina. Maaf kalau tersalah.

Tapi apa lagi yang aku patut lakukan?

Tegur mereka? Adakah mereka akan dengar nasihatku?

Adakah mereka akan cuba pratikkan?

Aku takut jika aku tegur, akan ada masa aku terkhilaf sendirian.

Dan tidak mengamalkan nasihat yang telah aku sampaikan kepada yang lain.

Aku manusia. Aku pendosa tanpa henti.

Kadang aku terlupa jua untuk menutup auratku.

Kadang terselak jua auratku dengan aku sedari atau tidak.

Aurat. Satu isu yang sering diperlekehkan pada era yang makin memacu ke arah arus kemodenan.

Jadi nak salahkan siapa dalam hal ini?

Kerajaan yang tidak menyediakan undang undang tentang aurat?

Ibu bapa yang tidak mengajar anak mereka secara terperinci tentang aurat?

Atau mereka, akhawat yang sendiri terlalai dalam hal kecil ini?

Tak payah nak tuduh pada orang lain.

Tuding jari sendiri ke hati sendiri.

Salahkan diri kau sendiri nasyitah.

Kau yang terlalu lemah untuk menegur sahabat sendiri.

Kata ukhuwah sampai ke Jannah, tapi sanggup melihat sahabat dalam lumpur dosa mereka sendiri?


Kata sayang sahabat kau tapi sanggup melihat sahabat sendiri lalai dalam melaksanakan perintahNya?

Kenapalah aku ni tak nak tegur sahabat aku untuk menutup kakinya yang comel itu?

Kenapalah aku ni kecut sangat?

Kenapa aku ni lemah sangat?

Kenapa aku tidak kuat untuk menegur dia yang aku sayangi dunia akhirat?

Ah, dasar pengecut kau syitah!

Keluhan dilepaskan sekali lagi. 

Dan kali ini, ia terasa amat berat sekali.
Aku tidak perfect dalam bab aurat ini juga. Maaf andai ada bahasa aku yang buat kalian terasa. Tapi ini adalah pengalaman aku sendiri. Rasa bersalah kerana biar sahabat sahabatku terkapai dalam bab aurat ni masih ada. Jika kalian jumpa aku dalam keadaan yang leka dalam menjaga auratku, tegurlah kesilapanku. Aku tidak akan melenting, insha Allah. Doakan agar aku dan sahabat sahabatku dapat menjaga aurat kami dengan sempurna. Syukran.