"Be who you want to be, not what others want to see."

{ older posts / newer posts }

Monday, November 11, 2013
12:11 AM

Aku pandang bangunan asrama yang bakal aku diami.

Aku pandang ayah yang berdiri di sebelahku, sayu sekali.

Pelbagai perasaan yang bercampur aduk dalam hati dan jiwa ini.

Memang ada rasa tidak sabar untuk mendiami rumah kedua ni namun rasa untuk berjauhan dengan ayah, ibu.. terasa macam berat sekali.

Namun bila memikirkan yang abang dan kakak berjaya duduk di asrama selama 5 tahun, kenapa aku tak boleh.

Lalu aku pun bergerak ke rumah ustazah untuk membayar yuran bersama ibu dan ayah.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Aku menginap di blok D, blok terakhir.

Dorm Thuwaibah yang terletak di aras pertama.

Ketika aku menjejakkan kaki ke dalam dorm, ramai mata yang memandangku.

Ya, aku bukanlah pelajar yang first intake dalam asrama ni.

Aku senyum pada mereka, kekok.

Aku dapat katil yang berada di atas di hujung sekali yang berjauhan dari kipas.

"Ayah dengan ibu balik dulu. Jaga diri tu. Cari kawan, jangan nakal...."

Semua ayat yang diucapkan ayah lepas tu, aku buat buat tidak dengar.

Aku sebak. Air mata memang bertakung tapi cuba nak jadi kuat. Acah acah kuat.

Aku berada dalam pelukan mereka. Lama.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Keesokan harinya, pada waktu malam.

Aku terus naik ke bilik air untuk 'cop' sinki.

Aku segera ke dorm aku untuk menukar baju tidur.

Selesai menukar baju dan menyarung tudung, aku ke bilik air.

'Macam mana eh nak basuh baju?' getus hati aku.

Korang perlu tahu, aku di rumah tidak biasa melakukan kerja kerja rumah.

Bukan anak sulung katakan. Anak ibu ayah katakan. Anak manja gedik katakan.

Aku pun masukkan pencuci baju dan bila bilas ala kadar sahaja.

Tak lama kemudian, seseorang memasuki bilik air.

Aku sekadar mengerling. Dia senyum padaku.

Penekanan di sini. Aku memang sombong pada awal perkenalan. Aku tidak mudah mesra.

Aku meneruskan kerjaku.

Selesai membilas dan merendamkan pakaian ke dalam baldi yang penuh dengan air yang dicampur detergent, aku memandang dia yang sedang melakukan kerja.

'Ni mesti anak sulung. Gaya macam dah selalu buat kerja rumah. Nampak macam dah pakar dah.' bisikku.

Aku turun ke bawah untuk menelefon ibu.

Lepas 5 minit, aku naik ke atas dan menggangtungkan pakaianku yang sudah dicuci.

Tiba tiba ada yang menyapaku,

"Errr itu ada buih lagi dekat baju tu. Kalau kering nanti, pakai esok mahu gatal gatal." ujarnya.

Aku terpinga pinga. Anak manja, mana tahu semua fakta ni.

"Oh yeke? Hm biarlah." aku berlalu pergi dengan bodoh sombongnya.

Dalam 10 minit selepas itu, aku kembali ke bilik air, aku ingin gosok gigi dan cuci muka.

Sekali lagi, suara dia menyapa telingaku.

"Aku dah basuhkan baju kau. Tak nak lah pula nanti kau gatal gatal bila pakai."

Aku tersenyum kekok.

"Terima kasih." itu sahaja yang mampu aku sebutkan. Malu.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sejak dari situ aku mula mengenal siapa dirinya.

Ciri cirinya. Sifatnya. Tuturnya. Kegemarannya walaupun tak semua yang aku tahu.

Aku akui, pada awal ukhuwah fillah ini dibina, aku bukan berminat sangat untuk berukhuwah dengan dia.

Namun, Allah tetap mendetikkan di hati yang kecil ini bahawa dia akan menjadi orang yang akan aku sayang di dunia dan di akhirat.

Dan aku harus akui.

Aku pun lupa bagaimana kami boleh bersama melakar kenangan dalam ukhuwah fillah ni.

Secara tiba tiba aku dan dia boleh 'ngam' dan boleh bersama.

Nak kata dulu aku baik dengan dia? Nay~ tak langsung.

Dulu, dialah orang yang paling aku kurang minat untuk berkawan.

Tapi sekarang, dialah orang yang aku sandarkan kepalaku untuk aku luahkan semua masalahku.

Dan sepanjang ukhuwah fillah ini terbina, tipu aku katakan kalau aku dengan dia tidak pernah bergaduh.

Ada masa kami hendak berjumpa baru baru ni di Subang Parade, aku lewat 2 jam.

Melampau kau? Salah aku. Ya, ia memang salah aku.

Walaupun dia baran untuk seketika waktu, tapi aku tak mengalah untuk terus memujuknya untuk memaafkan aku.

Korang boleh katakan aku ni lesbian.

Sila katakan kerana kau masih belum tahu makna ukhuwah fillah yang sebenar.

Kau masih mentah dalam ukhuwah fillah, maaf aku katakan.

Sambung semula.

Dan sepanjang ukhuwah fillah ini terbina juga, banyak kenangan manis yang diukir.

Dan bukan mudah untuk aku 'curi hatinya' untuk menjadi sahabatku.

Bukan mudah. Terlalu banyak halangan dan dugaan daripada Sang Khaliq yang terpaksa aku tempuh.

Tapi kerana cabaran itulah membuatkan aku sedar;
Bahawa bukan mudah untuk mendapat seorang sahabat yang akan sentiasa sebut nama kita dalam doanya dan bukan senang nak mendapatkan seorang sahabat yang cirinya seperti bidadari syurga.
Entah, kadang kadang aku terasa kehilangan dia jika dia tiada di sisiku jika aku memerlukannya.

Namun aku tahu, dia bukan diciptakan untuk berukhuwah denganku sahaja.

Walau dia jarang sekali berada denganku kerana faktor aku outsider dan dia hostel-ian

Namun aku tetap ingin mempertahankan ukhuwah fillah yang terbina ini.

Dan kalau Allah mahu aku untuk berkorban segalanya untuk gantikan kebahagiaan sahabat dunia akhiratku ini, akan aku tunaikan perintah itu.
Kerana apalah gunanya harta yang bertimbun di dunia jika dibandingkan ukhuwah fillah yang manis dan akan kekal hingga ke JannahNya?
Dialah yang akan selamanya menjadi sahabat yang aku sayangi, rindui dan cintai;

Dan yap, dia adalah Ainul Mardiah Mohd Asri.

Lots of love more than you do to you, Mardiah :)