"Be who you want to be, not what others want to see."

{ older posts / newer posts }

Thursday, November 14, 2013
11:47 PM

Aku baring di atas katilku. Memandang siling dengan pandangan kosong.

Keluhan dilepaskan dan aku mula mengelamun jauh.

Sangat jauh sampai lamunanku melayang.

Sekelipan aku mula mengimbas kembali saat aku ingin berhijrah.

Berhijrah menjadi muslimah yang lebih baik.

Bukan mudah jalan penghijrahan aku. Tidak mudah dan tidak senang.

Laluannya, masha Allah, sangat berliku sehingga acapkali aku tersungkur dan futur.

Ujian dan dugaan yang datang, subhanallah sangat menguji imanku.

Pernah dulu aku berusaha untuk menjaga ikhtlat, sebaiknya.

Namun baru kakiku mahu memulakan langkah, Allah sudah beri dugaan.

Aku dapat tahu ada yang meminatiku dan dia sendiri adalah sahabat lelakiku sendiri.

Bukan nak poyo atau acah bajet aku ada peminat.

Cuma kalian perlu tahu, aku akan mudah simpati jika ada ajnabi yang mengatakan dia menyukai aku.

Ya, aku memang bodoh.

Dan sebaik dugaan itu datang, aku tergelincir dari landasan yang ingin aku tuju.

Dalam waktu yang sama, aku kerap mengingatkan sahabat sahabatku untuk menjaga ikhtilat.

Sungguh, aku lupa pada surah As Saff ayat 2-3.

Tak lama kemudian, sahabatku menegurku tentang ikhtilatku yang makin menjadi seperti zaman jahiliyyahku.

Tegurannya sungguh berhikmah. Sungguh lembut dan sungguh padat isinya.

Dia tidak menggunakan ayat al Quran mahupun hadis hatta hukum hakam.

Ayat dia biasa pada pendengaran orang lain, tapi bagiku, sungguh mendalam. Sangat dalam.

Dan lamunanku mula bergerak ke tempat yang lain.

Aku mula terfikir, aku beruntung mendapat sahabat yang sudi menegur aku secara berhikmah.

Tak semua orang diberi nasihat secara berlapik tapi mantap.

Terlalu ramai manusia pada akhir akhir ini yang terlalu cepat menghukum.

Terlalu cepat melatah. Terlalu cepat bersangka buruk.

Baru satu kesalahan kecil yang dilakukan tapi manusia lain memandang seolah

Seolah apa yang dilakukan seperti besar sekali.

Kesalahan yang kononnya berat dan layak dihukum mati mandatori.

Dan aku lihat, terlalu ramai yang ingin menegur tapi caranya, masha Allah sangat menyakitkan hati.

Dan aku cuba menempatkan diriku di dalam tempat mereka yang ditegur secara kasar.

Sangat pedih jika aku di dalam situasi sebegitu rupa.

Lagi pedih jika yang menegur secara kasar itu adalah sahabat sahabatku sendiri.

Keluhan dilepaskan sekali lagi.

Aku tahu niat yang ingin menegur itu baik, ingin mengubah sikap orang yang sedang khilaf.

Cuma bagi aku, cara mereka sungguh kasar.

Lagi lagi jika teguran itu disampaikan pada mereka yang baru hendak berhijrah.

Mereka yang baru ingin menapak menjadi lebih baik.

Bagaimana muslim/ah zaman ini ingin memperbaiki diri mereka jika orang sekeliling mereka down kan dia?

Bagaimana akhawat/ikhwan yang disayangi mahu bergerak menyampaikan dakwah jika ada sahaja kaum yang cepat menghukum mereka tika mereka lakukan kesalahan yang kecil?

Dan sekarang terlalu ramai yang menarik diri mereka untuk berhijrah kerana gentar.

Gentar ditegur secara kasar.

Aku membetulkan posisi baringanku.

Lamunankan bersambung kembali.

Aku melihat ramai muslim/ah yang ingin menjadi dai'e sekarang ni termasuk diriku.

Dan dakwah yang mereka sampaikan juga tidak dipratikkan dalam amalan kehidupan mereka.

Tak payah pandang silap atau khilaf orang lain.

Aku pun kadangkala terkhilaf dengan diriku sendiri.

Namun kerana khilaf itu jugalah, orang sekeliling mereka patut tegur.

Bukan menghukum. Bukan menghina. Bukan mengumpat. Dan juga bukan meminggirkan mereka.

Aku teringat dengan sahabatku.

Ujian yang datang pada dirinya sama sepertiku; ikhtilat,

Situasi kami sama. Tapi cara kami ditegur sangat berbeza,

Jika aku ditegur dengan lembut, dia ditegur secara kasar.

Dia diperli dengan begitu hebat di Twitter.

Malah diumpat oleh sahabat sahabat yang dia rapat.

Segera fikiranku bertanya;

Apa mereka yang mengumpat sudah cukup amalan baik mereka sehingga sanggup mendermakan sebahagian pahala mereka?

Apa mereka ini tidak mempunyai akal yang cukup untuk menegur secara berhikmah?

Maaf jika kedengaran kasar tapi itulah realitinya.

Paling aku kecewa, mereka mengumpat dan menegur secara kasar malah membiarkan sahabatku terkontang kanting sendirian.

Bila huluran maaf diberi, mereka memaafkan tapi kenapa mereka masih memerli?

Mungkin umat Islam akhir zaman ini terlalu memgang prinsip;

" Mudah memaafkan tapi sukar untuk melupakan kesalahan yang dilakukan. "

Tapi lupakah mereka apa ciri ciri orang yang bertakwa?
Iaitu orang yang mendermakan hartanya di masa yang senang dan susah, dan orang yang menahan kemarahannya dan orang orang yang memaafkan kesalahan orang lain // Ali Imran:134
Dan bagi aku, definisi maaf adalah;

Memaafkan dan tidak mengungkit malah melupakan kesalahan seseorang.

Dan aku tidak tahu pula definisi apa yang sesetengah kaum pakai iaitu;

Memaafkan tapi masih mengungkit dan tidak melupakan kesalahan seseorang,

Keluhan buat kesekian kali dilepaskan.

Kenapa manusia sering menganggap mereka itu Tuhan?

Sedangkan Tuhan maha memaafkan, kenapa hati manusia begitu keras untuk memaafkan?

Apakah mereka begitu sempurna sehingga tiada cacat celanya untuk memaafkan kesalahan orang lain?

Apakah mereka penghuni syurga sehingga tidak mampu melupakan dosa saudaranya yang lain?

Apakah mereka itu mempunyai kerajaan seluruh dunia sehingga tidak mampu menegur secara baik?

Muhasabah diri semula.

Jika mereka rasa orang melakukan kekhilafan itu jahat, aku ingin katakan.

Mereka yang mengumpat, memerli dan meminggirkan sahabat yang sedang berhijrah itu lebih jahat malah kejam.

Jika mereka tidak berpuas hati dengan sikap seseorang yang telah melakukan kesalahan, maka tegur secara face to face.

Tegur secara berhikmah tapi jangan memalukan mereka yang sedang ditegur.

Mungkin ada yang pernah dengar ayat ini tapi aku ingin sampaikan lagi sekali;
Jangan nak cari aib seseorang untuk menegur mereka. Dan jika mereka ingin menegur, maka jangan tegur di khalayak ramai.
Nak tegur? Silakan tapi ada adabnya.

Dan.....

Hidup di dunia bukan nafsi nafsi.

Ada masa kita perlu berseorangan tapi kebanyakan masa kita memerlukan seseorang.

Seseorang untuk tarbiyyah diri mereka..... secara lemah lembut.

Bagiku, memang semua dai'e perlu memegang surah As Saff ayat 2-3.

Tapi kadangkala terlalu banyak ujian dan dugaan yang mendatang sehingga mereka lupa untuk lakukan perkara yang telah mereka sampaikan di dalam dakwah mereka.

Kita semua hamba. Kita semua pendosa tanpa henti.

Kita hanya manusia.

Yang lemah lagi hina.

Manusia yang seringkali beranggapan bahawa diri mereka sudah cukup sempurna.

Sehingga lupa mereka itu adalah orang yang penuh dengan cacat cela.

Entah, mungkin ini yang dikatakan akhir zaman.

Aku mengiringkan badanku ke kanan dan aku terus terlelap

Terlelap dengan harapan;

Kita mampu mengubah hati ini menjadi hati yang penuh dengan sifat pemaaf.