"Be who you want to be, not what others want to see."

{ older posts / newer posts }

Saturday, December 7, 2013
10:57 PM

Cerpen ini tiada kena mengena dengan mereka yang hidup mahupun yang sudah meninggal dunia. Idea asal adalah daripada Allah SWT dan Dia yang memberi ilham kepada aku; Taro melalui imaginasiku. Have fun! xx

              Aku meratakan bedak berjenama Safi di muka. Tudung plain berwarna hitam aku betulkan. Seluar track hitam dan baju berwarna kelabu bercorak bunga kecil merah jambu cair dirapikan. Setelah berpuas hati melihat penampilanku di cermin, aku mula mengorak langkah.

              Beg sandang segera kucapai. Aku menutup perlahan pintu utama. Mangga dikunci dan selipar berwarna turqoise dipakai. Basikal segera ditunggangi dan aku kayuh ke arah destinasi yang ingin dituju.


---------------------------------------------------------------------

              Aku leka menyiapkan kerja Addmath yang diberi oleh guruku. Sekelipan terasa ada 'bahang' di sebelah kananku. Rasa bahang yang begitu ganjil bagiku. Aku mengalihkan pandanganku ke kanan.

              Reaksi terkejut mula menghiasi raut wajah polosku. Seorang lelaki yang berbaju Chelsea menarik kerusi dan duduk di sebelahku. Dia menoleh ke arahku.

              "Hai! Bolehkan saya duduk sini?" Soalnya penuh sopan.

              Aku serba salah untuk menjawab. Jaraknya denganku amat rapat sekali. Bibirku diketap sedikit.

              'Ala bukan rapat mana pun kau dengan dia duduk. Bukan berlaga bahu ke apa. Rileks.' Satu suara ghaib mula membisikkan kata kata untuk 'menyedapkan hatiku'. 

              Aku mengangguk perlahan. Dia tersenyum dan senyuman itulah senyuman pertama yang membuatkan hatiku bergetar. Perlahan senyuman kekok dilemparkan.

              Namun tanpa disedari, ada sepasang mata yang terbuntang memandang gelagatku.
---------------------------------------------------------------------

              Kepalaku disandarkan di kepala kerusi. Fikiranku mulai menerawang jauh setelah penat menghadam semua ilmu Addmath yang diberi.

              "Awak, termenungkan apa tu?"

              "Awak rasa?"

              "Awak tengah termenungkan pasal saya kot."
            
              "Perasannya!" aku menjelirkan lidah padanya.

              Dia tergelak. Aku terpana seketika. Gelaknya begitu lembut sekali pada pendengaranku.

              Fikiranku mula menyelongkar sedikit sejarah silam tentang dirinya.

              Dia; pelajar baru di tuisyen Addmathku. Ya, dia adalah lelaki yang duduk di sebelahku dahulu dan kini. Sudah 3 bulan aku dan dia belajar di tuisyen yang sama. Dan itu juga bermakna sudah 3 bulan aku mengenalinya. 3 bulan itu jugalah yang membuatkan aku suka padanya, secara diam.

              'Kalau la dia tahu aku crush dekat dia....' hatiku mula membisik.

              "Sambung balik kerja termenung ke sayang?" Dia meletakan tangannya di atas kepala kerusiku.

              Getaran di jiwa kian hebat. Entah kenapa aku rasa berdebar walaupun tangannya tidak menyentuh diriku. Terasa pelik apabila tangan 'asing' begitu rapat dengan aku. Aku menegakkan badanku semula. Aku mula tersedar sesuatu.

              'He called me sayang?' Hatiku berbunga. Inilah kali pertama seorang lelaki membuaikan aku dengan panggilan itu. Panggilan yang kononnya 'bermakna'.

              Godaan syaitan baru sahaja bermula untuk disasarkan kepadaku.

---------------------------------------------------------------------

              Keluhan dilepaskan. Rantai basikalku yang terputus membuatkan aku terpaksa menolak basikalku sehingga aku sampai ke rumah.

              'Itula malas lagi nak letak minyak dekat rantai ni. Papa pun satu, selalu sangat lupa nak beli basikal baru untuk anak tunggal dia ni.' Aku merungut sendirian.

              "Awak!" Sergahan dari belakang itu membuatkan peganganku terlepas dari pemegang basikal.

              Dia segera mendirikan semula basikal yang terjatuh dek rasa terkejutku. Aku memang pantang bila ada yang menyergah. Rasa terkejut yang sungguh melampau.

              "Apalah awak ni, baru kena sergah sikit, dah terkejut. Dah la, biar saya yang tolong bawakkan basikal awak ni." Tuturnya lembut.

              Aku membuat muka bosan. Aku membiarkan dia menolongku. Kami berjalan seiring dan jarak kami begitu dekat sekali.

              Dan bagiku, sudah tiada lagi getaran apabila dia berdiri dekat denganku. Sudah tiada lagi 'getaran keimanan' yang memberi peringatan. Suasana sepi mula menyelubungi di antara ruang kami berdua.

              Tanpa aku sedari, ada lopak besar di hadapanku. Dia terus menarik tanganku ke arahnya apabila dia menyedari aku akan terjatuh ke dalam lopak itu.

              Aku mulai tergamam. Badannya dan badanku hanya terpisah dengan helaian baju yang kami pakai. Mukaku mulai kemerahan. Aku menolak badannya. Getaran di jiwa bergelora hebat.

              "Apa awak ni?!" Soalku dengan nada yang marah campur malu.

              "Awak tu yang tak berhati hati! Jalan tak guna mata. Nak kena pimpin baru boleh jalan elok elok agaknya. Dah jom." Terus tanganku ditarik ke dalam genggamannya.

              Pegangannya yang terlalu kejap membuatkan aku sukar untuk melepaskan tanganku. Akhirnya aku membiarkan sahaja. Getaran di jiwa masih terus bergelora.

              Sepasang mata yang ralit memandang terus berada di situ. Rambutnya yang panjang tidak sesekali menghalang pandangannya dari melihat aksi yang dipaparkan di hadapannya.

              Nampaknya permainan syaitan sudah separuh berjaya.... apalah nasibku.

---------------------------------------------------------------------

              Aku menekupkan mukaku ke bantal. Rasa malu dari petang tadi masih tidak surut. Mukaku kemerahan bila teringat insiden petang tadi.

              Aku mengangkat mukaku. Tangan yang dipegang oleh dirinya dipandang lama. Masih terasa hangat tangannya menggengam tanganku. Saat ini aku tidak lagi terfikir dosa zina.

              Aku mula membetulkan posisi baringanku. Mindaku mula membayangkan saat aku bersama dia. Aku tersenyum sendirian.

              Minda mula membayangkan masa hadapanku dengannya. Diriku mula dibahagikan kepada dua watak; dia dan aku.

---------------------------------------------------------------------

              Aku berlari anak anak. Dia mengejarku. Kami tertawa riang. Setelah penat berlari, aku duduk di atas rumput yang menghijau. Aku membaringkan diriku.

              Dia segera mendapatkan diriku dan terus baring di sebelahku. Dia menarik tanganku ke dalam genggamannya. Aku menoleh ke arahnya sambil tersenyum bahagia.

              Aku mula melentokkan kepalaku ke dadanya. Terdengar jantungnya berdegup kencang.

              "Awak, terima kasih kerana sudi jadi boyfriend saya."

              Dia tersenyum dan mengalihkan kepalaku. Dia membetulkan posisi baringnya ke posisi duduk. Aku segera bangun dan duduk berhadapan dengannya.

              "Awak sayang saya tak?" Tanyaku.

              "Uhibu kifillah." Dia menunjukkan ilmunya yang fasih berbahasa Arab. Dia segera mencapai tubuhku dan...

---------------------------------------------------------------------

              Lamunanku pecah. Aku menajamkan deria pendengaranku untuk mendengar bunyi yang menganggu aku mengelamun.

              Terdengar bunyi beberapa biji guli dijatuhkan ke lantai. Kemudian terdengar seperti derapan kaki dari ruang sebelah.

              'Jiran sebelah punya anak kot.' Kata hatiku.

              Aku sambung lamunanku yang terhenti sejenak.

---------------------------------------------------------------------

              Aku pandang dirinya yang sungguh menawan di mataku. Hati tidak rasa apa apa melainkan rasa bahagia dan sayang. Hati seolah sudah kosong tanpa tarbiyah dan ilmu agama.

              Telefonku berdering. Tersenyum aku melihat nama yang tertera di skrin. Aku menekan punat hijau.

              "Assalammualaikum bakal makmumku. Kenapa pandang saya semacam je?" Dia membuka bicara.

              "Walaaikummussalam bakal imamku. Takde apa apa. Kenapa call? Takkan terkedu lihat ciptaan Allah yang indah ini?" Usikku manja.

              Dia ketawa. Hidungku dicuit lembut. Dia tarikku dalam pelukannya.

              Aku yang rendah sedikit darinya mendongak ke atas. Baru kepalaku didongak sedikit, hidungnya dan hidungku bertemu. Aku memejamkan mataku....

---------------------------------------------------------------------

              Sekali lagi bunyi guli berteraburan di atas lantai memecahkan lamunanku. Aku pandang ke arah jam yang tergantung di dinding.

              'Dah pukul 2. Takkan anak jiran tu tak tidur lagi?' Aku mulai turun dari katil.

              Tiba tiba, tekak yang haus menyuruh mindaku mengarahkan kakiku diorak ke dapur. Tombol pintu dipusing perlahan.

              'Gelap? Bukan sebelum aku masuk bilik, semua lampu dibuka ke?' bisik hatiku.

              Aku berjalan dengan penuh hati hati. Kakiku menuruni tangga. Suasana rumah yang sepi membuatkan bulu romaku tegak.

              Papa dan ibu pergi ke outstation. Pembantu rumah sudah lama pulang ke rumah mereka pada pukul 10 malam tadi. Hanya aku sahaja yang menjadi penghuni dalam rumah banglo dua tingkat ini.

              Baru kakiku mencecah ke lantai ruang tamu, terlihat seorang wanita berambut panjang duduk di atas sofa. Di hadapannya kelihatan papan congkak berwarna coklat.

              'Siapa pula perempuan ni? Bibik tak kunci pintu apa sampai ada orang gila boleh masuk rumah?' Aku mula menapak ke arah perempuan misteri itu.

              Langkahku terhenti tatkala melihat butiran guli terjatuh dan bertaburan di atas lantai. Sebiji guli terkena ibu jariku tanpa disedari. Wanita itu mula bangun dan mengutip guli yang berada di atas lantai marmar.

              Apabila wanita itu hendak mengutip guli yang berada di hujung kakiku, wanita itu mengangkat muka.

              Alangkah terkejutnya aku melihat mukanya yang hitam, penuh dengan ulat kecil dan darah mengalir keluar dari mulut dan hidung.

              Aku berlari ke bilikku sambil menjerit ketakutan.

              Perempuan misteri itu tersenyum puas kerana dapat bertentang mata dengan 'mangsa'nya kali ni.

--------------------------------------------------------------------

              Aku segera menyelubungi badanku dengan selimut. Badanku menggeletar ketakutan. Pelbagai persoalan bermain di minda.

              Aku terasa rambutku ditarik dari atas. Sedikit demi sedikit rambutku yang terpotong mula jatuh ke katilku. Dengan debaran di dada, aku mendongakkan kepalaku perlahan.

              Kelibat wanita misteri itu menghiasi pandanganku. Aku ingin menggerakkan kaki untuk berlari dari perempuan itu namun pergerakanku terbejat.

              Wanita itu pandang ke arahku sambil menggunting rambut ku dengan pisau yang berlumuran darah. Matanya terbuntang memandangku.

              Rambutku yang ikal mayang terus digunting sehingga botak. Air mata mula membasahi pipiku. Wanita itu meletakkan hujung pisau itu di pusat kepalaku.

              Perlahan, dia menoreh kepalaku sehingga berdarah.

              Sekali lagi dia menoreh kepalaku sehingga menampakkan daging.

              Dan sekali lagi kepalaku ditoreh sehingga menampakkan otak; organ yang menjadi pusat kawalan semua organ.

              Dia tersengih padaku. Sengihan itu menakutkan aku.

              Dia mengeluarkan otak aku.

              "Organ ini adalah tempat semua memori kau dan dia. Memori yang menarik kau perlahan lahan ke dalam neraka akibat zina. Organ yang membuatkan kau lupa padaNya dan buatkan kau jauh dari landasan yang benar. Semuanya berpunca dari organ ini."

              Satu suara ghaib berkata kepadaku. Perempua misteri itu menoreh sedikit demi sedikit dadaku sehingga menampakkan jantungku.

              Dia mengeluarkan sedikit organ yang masih berdenyut itu.

              "Organ ini adalah organ yang menyimpan semua rasa sayang dan cinta sampah kau dekat dia. Cinta dan sayang yang sepatutnya diberikan kepada Pencipta kau. Organ ini juga kau gunakan untuk melakukan zina hati. Malangnya dirimu sayang."

              Perempuan misteri itu mengorek jantungku dengan kukunya yang tajam dan penuh dengan ulat yang keluar dari mana entah. Dia meratah sedikit jantungku. Kemudian dia menjilat darahku yang ada di jarinya.

              Aku hanya mampu melihat dan menangis. Nafas sudah mula tidak stabil dan perlahan. Aku mula tidak berdaya. Sakit yang tidak tertanggung membuatkan mataku terpejam. Selamanya..... mungkin?

--------------------------------------------------------------------

              Pemandangan Kuala Lumpur; kota yang memaparkan pemandangan yang indah namun tersimpan banyak rahsia itu ditatap lama.

              Kepingan foto seorang lelaki dipegang seeratnya. Air mata mula menitis.

              "Awak, mana awak? Saya rindu awak."

              Tangan yang memegang foto itu dipandang, lama. Tangan yang pernah dipegenggam erat oleh dia.

              "Saya rindu... rindu nak rasa hangatnya tangan awak pegang tangan saya ini."

              Air mata terus mengalir. Lantas fikiran mula teringat sesuatu.

              "Tak.... tak boleh. Aku tak boleh ingat lagi pasal dia. Nanti perempuan gila itu datang balik semula dekat aku. Dia... dia akan toreh kepala dan keluarkan otak. Otak yang simpan memori aku dengan dia....."

              Aku pegang kepalaku yang dibalut. Kemudian aku pegang dadaku yang dijahit pula. Kesan jahitan itu jelas ketara pada pandangan manusia lain.

              "Aku pun tak boleh rindu dia. Nanti perempuan itu makan jantung aku pula. Hahahahaha. Mana boleh dia buat macam tu. Dia fikir dia siapa?! Bodoh! Hahahahahaha."

              Aku gelak kuat sehingga menarik perhatian pesakit yang lain. Namun mereka hanya pandang seketika cuma. Selepas itu, mereka akan melakukan aktiviti mereka; berlari seorang diri, bercakap dengan bunga dan sebagainya.

              "Saya rindu awak..... crush, i do miss you." Air mata tumpah sekali lagi.
Tak salah untuk merindu dan mencintai. Namun jangan pernah menukar fitrah yang diberi menjadi fitnah yang tidak terperi. Tak salah untuk ada crush, cuma jangan terlalu merindu sehingga menjadi zina hati. Semasa ingat crush tu, ingatla ada sepasang mata yang sedang memerhatimu. ;)