"Be who you want to be, not what others want to see."

{ older posts / newer posts }

Tuesday, November 19, 2013
11:45 PM

Aku pandang lama pada keyboard. Sangat lama.

Mindaku ralit mengarang ayat yang sesuai untuk dijadikan pendahuluan.

Dan inilah pendahuluannya, seperti biasa; ayat nak high class je. Heh.

Sejak kebelakangan ni, aku kerap mengelamun dan berangan.

Mengelamun tentang jalan hijrahku.

Maaf jika kalian muak untuk dengar jalan cerita penghijrahanku.

Tapi entah kenapa hatiku berdetik untuk berkongsi dengan kalian.

Hembus nafas dan sejurus aku teringat berapa banyak kali futur.

Terlalu banyak sehingga tidak terkira.

Dan sebelum aku futur, aku gah berdiri dengan penuh semangat.

Pernah aku meminta agar semangat untuk terus berhijrah ini kekal sehingga ke akhir hayat aku tapi entah di mana silapnya,,,

Makin hari makin luntur dan hilang.

Dan aku mula futur.

Aku mula meminggirkan Dia di satu sudut hati yang jarang aku 'selongkar'

Aku mula melupakan Dia di saat aku senang

Dan aku mula menjauhkan diri di satu ruang yang melalaikan aku.

Imanku mulai menurun dan memudar.

Aku mula asyik dengan dunia yang tidak kekal lama.

Aku mula seronok dengan hiburan yang lagha.

Aku mula hilang dalam alam yang menggoda imanku.

Dan sampai satu saat, aku merasa kekosongan di dalam jiwa.

Cuba mencari keseronokan untuk mengisi ruang itu tapi tidak jumpa.

Dan akhirnya, Allah 'menegur' ku dengan ujian.

Allah 'menjemput'ku dengan dugaan.

Allah menyampaikan rasa rinduNya dengan mehna.

Ujian yang di mana aku tidak luahkan kepada sesiapa.

Bukan taknak luahkan tapi tak mampu dan tidak larat.

Dan bila ujian itu kuat melanda dan biarkan aku hanyut, aku mula mencari sang Khaliq.

Aku mula menyebut dan menyeru nama namaNya yang agung.

Dan Dia menghulurkan 'tangan' untuk menyelamatkan aku dari terus hanyut..

Hanyut dalam lautan ujian yang hebat.

Dan aku pula mula menadah tangan, memohon secebis kekuatan.

Mula mengadu dan menghamburkan segala tangisan.

Mula duduk bertafakur meluahkan rasa rinduku padaNya.

Mula menyatakan lafaz yang selama ini tersimpan.

Dan mula berazam untuk menjadi hambaNya yang bertakwa.

Aku mentajdidkan semula niat di hati.

Sahabat mula ramai dan menyokong.

Dan di saat aku menaiki tangga yang membawa aku menuju ke mardhatillah,

Pautanku makin lemah.

Langkahku mula perlahan.

Semangatku mula pudar lagi.

Sokongan sahabat mula hilang.

Tiada lagi sahabat yang sudi bersamaku.

Tiada lagi yang sudi membisikkan tarbiyyah padaku.

Tiada lagi yang menyelitkan namaku dalam doa.

Dan lagi sekali, saat futurku mula kembali.

Dan aku mula menunggu.

Menunggu bila tangga yang curam mampu menolakku ke atas kembali.

Mampu menaikkan semangatku kembali.

Tangga curam; ujian daripadaNya, mohon sedarkan aku kembali.

Aku rindu padaNya. Teramat rindu.

Dan aku berharap, agar semangatku kelak akan terus kekal.

Kekal hingga hembusan nafas terakhirku.
"Betapa sukarnya menyusun bicara, meluahkan rasa, menuturkan sayang. Kasih yang terlimpah hanyalah sekadar tika. Cuma ungkapan kebisuan yang merindukan, kalimah rahsia." // UNIC ((Lafaz Yang Tersimpan))